Bila Melayu yang Kurang Cerdik merasakan dirinya itu Cerdik
Jika dengan empat tuduhan yang tidak benar itu Pakatan Rakyat dikatakan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik bagaimana pula rentetan sejarah penderhakaan UMNO terhadap institusi beraja di Malaysia ini?
By Anak Sungai Derhaka
Menurut seorang Melayu yang kurang cerdik terdapat segelintir dalam Pakatan Rakyat (PR) berusaha mahu menghapuskan sistem raja berperlembagaan dan institusi diraja.
Ia terbukti dalam isu mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah Jumaat dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Mereka mempergunakan orang-orang Melayu yang kurang cerdik untuk bersetuju dengan rancangan mereka untuk jadikan Malaysia sebuah republik,” tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, insiden ini adalah insiden keempat ‘penderhakaan’ terhadap institusi diraja dan semuanya dilakukan oleh pemimpin PR.
Katanya ini adalah insiden keempat ‘penderhakaan’ terhadap institusi diraja yang dilakukan oleh pemimpin PR, selepas tindakan PR mempertikai peranan Sultan Perak ketika krisis Perak tahun lalu, insiden memalukan Raja Permaisuri Agong oleh kerajaan Selangor 4 Julai lalu serta penemuan kain rentang dengan lambang PKR yang menggunakan gambar Sultan Johor ketika ceramah politik PKR di Batu Pahat. berita penuh di SINI
Nampaknya Melayu yang kurang cerdik ini telah mendahului membuat keputusan sedangkan pihak polis baru saja menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat tuduhan ini.
Jika dengan empat tuduhan yang tidak benar itu Pakatan Rakyat dikatakan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik bagaimana pula rentetan sejarah penderhakaan UMNO terhadap institusi beraja di Malaysia ini?
Berikut saya sertakan beberapa sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.
Read more at: Bila Melayu yang Kurang Cerdik merasakan dirinya itu Cerdik..