Ketuanan Melayu?


By From Vehicles to Life

Ketuanan Melayu bererti tanah Malaysia ini milik orang Melayu. Tanah ini bukan milik kaum asal atau orang asli. Tanah Malaysia ini milik orang Melayu bukannya milik Cina dan India.

Tapi dalam ada yang menjerit bersungguh – sungguh dalam mempertahankan slogan Ketuanan Melayu, pernah atau tidak dia mempertahankan tanah Melayu yang dirompak secara terang – terangan. Lihat sahaja Kampung Berembang, tiada langsung pemimpin Umno, Perkasa, MPM, dan sewaktu dengannya bangkit mempertahankan tanah kampung Berembang ini yang rata – rata didiami oleh orang Melayu.

Orang Melayu sering dimomokkan dengan cerita dongeng bahawa Malaysia atau Tanah Melayu akan dirampas oleh orang Cina. Kenapa Cina sahaja? Kenapa tidak Yahudi APCO? Kenapa tidak bangsa – bangsa lain? Sebagai contoh APCO. Terang – terangan satu syarikat pemikir yang dikuasai oleh perisik – perisik tentera Yahudi Zionis. Kenapa PERKASA, Umno tidak bangkit menghalau mereka ini. Kenapa tidak dijeritkan saja INI TANAH MELAYU sila berambus keluar dari bumi ini? Apakah Perkasa dan Umno seronok menjadi talibarut Yahudi?

Kita orang Melayu sering ditipu bulat – bulat dan hidup – hidup oleh Umno dan Perkasa. Kita semua pernah belajar sejarah sewaktu di alam persekolahan. Orang Melayu berhijrah dari Yunan, Xinjiang China. Tidakkah kita bersaudara dengan kawan – kawan kita yang berbangsa Cina ini? Kenapa harus kita bersengketa kerana termakan hasutan syaitan Umno dan Perkasa?

Kita dipaksa untuk menerima slogan Ketuanan Melayu. Sedarkah kita bahawa dengan laungan dan slogan Ketuanan Melayu menyebabkan kita malas. Dengan laungan ini menyebabkan kita merasakan diri kita tuan tanah ini. Kita tidak perlu berusaha untuk memajukan diri. Kita hanya perlu bergantung pada kuota – kuota tertentu.

Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/08/ketuanan-melayu.html



Comments
Loading...