Umno members are the witness for LGE/Penang sermon


By Firhad

Taken from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
(Read below)

Please take note the two witnesses. A cursory search in google will reveal that these two people are actually strong UMNO members, sitting in the UMNO Youth board of Bagan Lalang.

The list of members can be retrieved here:

http://www.pemudabagan.org.my/2009/08/saf-pemuda-umno-bagan-2008-2011.html

In the list, Mohd Radzi Husaain is listed as the ‘Sekretariat Hal Ehwal Bandar” and Mohd Shahril Harun is listed as its Secretary.

I tried looking for a picture of the witnesses but to no avail.

—————————————————————————————————————

Doa dibaca dalam bahasa Melayu – Shabudin

SHABUDIN Yahaya (kanan) bersama sebahagian daripada kariah Padang Menora menunjukkan laporan polis mengenai khatib membacakan doa untuk Lim Guan Eng di Balai Polis Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


(UTUSAN) TASEK GELUGOR 21 Ogos – Doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.

Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.

Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya yang menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.

Menurut Shabudin, biasanya doa di dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

“Tetapi tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau.

“Etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain,” katanya ketika mengiringi kariah Masjid Padang Menora membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Gelugor di sini hari ini.

Ditanya tentang khatib yang bertugas, Shabudin mengesahkan Zakaria Ahmad tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Malah jelasnya, jika sesiapa yang tiada tauliah tetapi dijemput membaca khutbah, mereka juga perlu mendapatkan keizinan daripada pegawai tadbir agama daerah yang berkenaan.

“Saya harap MAIPP ambil pendekatan yang lebih tegas mengenai perkara ini dan tidak membiarkan ia terus berleluasa bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

“Jadi laporan polis yang dibuat hari ini adalah supaya semua pihak mengambil iktibar untuk mengawal perkara ini serta mengelakkan tercetus perkara tak diingini,” ujarnya.

Shabudin menambah, setakat ini sebanyak enam masjid telah mengesahkan perkara itu dan mereka membawa saksi-saksi yang mengakui mendengar sendiri doa yang dibacakan dalam khutbah itu.

Ahli kariah katanya, sangat terguris dengan apa yang berlaku dan berharap polis dapat menyiasat perkara itu.

Sementara itu, biarpun khutbah Jumaat yang mendoakan Guan Eng mendapat bantahan daripada banyak pihak dan dinafikan oleh kerajaan negeri, perbuatan yang sama didakwa berulang lagi di negeri ini semalam.

Tindakan itu didakwa dilakukan oleh khatib yang sama, Zakaria Ahmad yang sekali lagi membacakan doa untuk Guan Eng ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini.

Doa yang dibacakan Zakaria didakwa berbunyi “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri,” dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Perkara itu disahkan oleh seorang saksi, Mohd. Radzi Husaain, 34, yang mengakui terkejut dengan doa yang dibacakan khatib terbabit.

“Ramai jemaah yang terpinga-pinga kerana khatib juga tak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri sebaliknya lebih mengutamakan pemimpin bukan Islam seperti Guan Eng. Perkara seumpama ini tak pernah berlaku di masjid ini sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Mohd. Shahril Harun, 36, yang turut bersolat di masjid sama menjelaskan, dia tidak pernah mendengar doa seperti itu sebelum ini.

Ekoran kejadian itu, Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin bersama beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang.

Menurut Sheikh Hussein, beliau juga kesal dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab memelihara kesucian institusi Islam seperti mimbar masjid.

 



Comments
Loading...