12 ahli PKR Sabah dicadang digantung setahun


KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12) penama yang diadu.

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12) penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1.      Daniel John Jambun

2.      Awang Ahmad Sah

3.      Moses @ Mozes Michael Iking

4.      Nicholas James Guntobon

5.      Paul Kerangkas

6.      Slyvester @ Balon Mujim

7.      Innocent Makajil

8.      Nasir Samie

9.      Harry Kujukok Manisit

10.  Rubbin bin Guribah

11.  Gosibin Yosundang

12.  Guandee Kohoi

 

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung

Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

 

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI

PARTI KEADILAN RAKYAT

A-1-09, Merchant Square

No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1

47410 Petaling Jaya

 



Comments
Loading...