Kufur nikmat – akhirnya mengkhianati diri sendiri


Aspan Alias 

Menjadi parti pembangkang di negara ini amat susah. PERIKATAN dan selepas itu BN telah memerintah negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu. Dalam jangka yang begitu lama PAS, DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi dugaan politik yang tidak terkira kesusahan yang mereka hadapi.

Sekarang PKR pula wujud juga untuk mengambil tempat sebagai pembangkang di dalam arena politik negara. Sesungguhnya parti-parti ini merupakan parti-parti yang halal dan tidak menjadi kesalahan jika sesiapa berhajat untuk menyertai parti-parti ini untuk bergiat dan aktif di dalam politik negara. Malahan mana-mana parti pun boleh menubuhkan kerajaan jika dipilih oleh rakyat yang mengundi di dalam pilihanraya umum yang diadakan dalam jangka masa 5 tahun selepas setiap pilihanraya sebelumnya.

Sistem demokrasi yang diamalkan di mana-mana negara maju telah menaik dan menurunkan kerajaan dan itu dianggap biasa dan tidak menjadi malah kepada rakyat dan negaranya. Malahan seorang pemimpin itu turun dengan ‘gentleman’nya apabila partinya tidak lagi mendapat mandat majoriti dari rakyat. 

Gordon Brown meninggalkan 10 Downing Street dalam tempoh 4 jam sahaja sambil mengucapkan tahniah kepada penggantinya David Cameroon kerana mendapat mandat rakyat Britain walaupun terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan parti kecil yang lain, iaitu Parti Liberal Demokrat.

Di Amerika Syarikat sistem 2 parti negara itu menyaksikan Parti Democrat dan Republican bergilir-gilir memerintah kerana rakyatnya menggilirkan mereka untuk mentadbir negara. Begitu jugalah di negara-negara yang maju yang lain; mereka memilih parti dan pemimpin yang mereka perlukan buat keperluan masa dan ketika itu disamping tidak meninggalkan keperluan untuk negara dalam perkara penting untuk jangka masa yang panjang.

Berbalik kepada keadaan di negara kita, BN telah memerintah di negara kita sejak mencapai kemerdekaan dan mungkin ada sebab yang perlu untuk mengekalkan keadaan seperti itu. Di Jepun parti Liberal Demokrat telah mentadbir negara itu selama 5 dekad tetapi akhirnya rakyat Jepun meletakkan parti itu di pihak pembangkang kerana masalah-masalah yang hanya dirasai oleh rakyat negara itu. Moralnya sebuah parti yang gagah pun akhirnya tidak mustahil untuk diketepikan oleh rakyat.

Semasa itu rakyat tidak boleh diminta mengenangkan jasa-jasa lama yang dilakukan oleh mana-mana parti yang memerintah sekian lama kerana yang penting rakyat perlukan kesinambungan dengan apa yang mereka rasakan selama ini. Tidak mungkin rakyat boleh memberikan sokongan berterusan jika ianya akan memudharatkan negara. Semata-mata untuk mengenangkan jasa-jasa yang begitu banyak rakyat dipaksa untuk memberikan mandat walaupun parti itu sudah jauh lari dari perjuangan asalnya. 

Kadang-kadang kita tidak boleh lari dari mengakui bahawa hidup ini ibarat roda. Ada masanya duduk di atas dan ada masanya kita terpaksa berpuas hati untuk duduk di bawah. Kita telah membaca dan melihat yang kufur nikmat tetap akan menerima balasannya di dunia ini. Siapa yang mahu menafikannya silakan. 

Biarlah ramai mengatakan bahawa saya seorang pengecut dan bacul kerana saya tidak berani menyangkal kenyataan hakiki ketuhanan ini. Dosa yang ada pada diri saya pun tidak terhisab, masakan saya berani hendak mengelak dari hakikat bahawa kufur nikamt itu adalah dosa yang sebesar dosa kerana ianya berkait dengan penyakit di qalbi kita. Dosa Karun yang besar ialah dosa kufur nikmat kerana Karun berfikir yang harta benda yang banyak itulah yang akan menyelamatkannya sehinggakan dia sanggup melakukan perkara yang menganiayai masyarakat di sekelilingnya. 

Segagah-gagah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan akhirnya tumpas di tangan Musa yang membesar di dalam istananya. Tidak ada sesiapa yang boleh lari dari hukum dan segala-galanya adalah urusan Tuhan semata-mata. Parti Demokrat Jepun yang membangunkan negaranya menjadi negara ekonomi kedua terbesar di dunia pun jatuh tersungkur keran pemimpin parti itu menghadapi kufur nikmat dengan rasuah dan sebagainya.

Banyak lagi contoh-contoh nyata yang kita lihat pihak lain mengalaminya. Semuanya ini menjadi bahan pelajaran kepada kita semua. Banyak juga contoh-contoh parti yang kecil tetapi akhirnya dapat kuasa atau pun hampir dengan kuasa kerana kehendak rakyat. Parti Liberal Demokrat Britain tidak pernah menyangka yang ianya boleh mendapatkan mandat rakyat Britain untuk berkongsi kuasa dengan Conservative. Liberal Demokrat sebuah parti yang kecil telah memenangi lebih dari 50 kerusi dalam Pilihanraya yang lalu, cukup untuk membantu Conservative menubuhkan kerajaan dengan penyertaannya bersama-sama untuk mentadbir Britain buat penggal ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...