Kalau Mahathir kata saya salah, salahlah saya – Ling Liong Sik


Semasa TLLS berhadapan dengan PAC beliau telah memberitahu PAC bahawa yang melakukan pemantauan keatas penilaian tanah tersebut diketuai oleh PM sendiri, iaitu Dr Mahathir. Mengikut kata Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian pengangkutan semasa itu, TLLS sedar bahawa jika pembelian tanah itu didasarkan kepada ‘Land Acquisition Act 1960, sebanyak RM600 juta wang rakyat boleh diselamatkan.

ASPAN ALIAS

Kes rasuah yang melibatkan Tun Ling Liong Sik ini adalah kes yang sangat penting diikuti oleh semua rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Kes ini akan memerikan dua badai; samada untuk benar-benar sebagai tindakkan jujur untuk membeteras rasuah atau permainan politik pihak tertentu untuk meletakkan kesemua kesalahan kepada Tun Ling Liong Sik (LLS) seorang.

Apabila segala-galanya telah diselesaikan oleh Mahkamah maka semua akan tahu apa sebenarnya yang terselindung dari rakyat selama ini. Kes TLLS ini akan pasti diikuti dengan terperinci oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Kes ini sangat penting kerana ianya akan melibat pandangan masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa ketidak jujuran kepimpinannya akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.

Apabila sudah dapat dinilai oleh orang ramai maka barulah rakyat tahu apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengkritik pimpinan dahulu banyak benarnya dari yang kurang benar. Isu rasuah memang isu yang terlalu hebat dipersoalkan rakyat selama ini dan sekarang isu ini sudah menghampiri keadaan yang segala-galanya akan terbongkar dengan sendirinya.

‘Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru’. Sekuat mana pun usaha untuk melindunginya dari pengetahuan rakyat, ia akan tetap akan terbongkar akhirnya. TLLS telah berkata diluar Mahkamah semalam, “jika Mahathir kata saya bersalah maka bersalahlah saya”.

TLLS walau bagaimana pun mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bekas PM kita itu, Dr Mahathir kerana bersetuju untuk menjadi saksi kepada perbicaraan ini. Dr Mahathir setkat ini tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan peribadinya terhadap isu perbicaraan TLLS ini.

Jumlah wang yang terlibat dalam pembelian tanah ini merupakan kes yang sudah pasti melibatkan ramai yang lain dari TLLS. Ianya melibatkan keseluruhan ahli-ahli Jemaah Kabinet Negara. Apa yang pasti ianya merupakan tindakkan yang tidak ada kejujuran dari individu-individu yang terlibat.

Dari segi moral demokrasinya, semua ahli Jemaah Kabinet mesti ‘accountable’ terhadap kes ini kerana ianya adalah keputusan kabinet. Ramai diantara Jemaah Menteri semasa itu masih berada didalam kabinet sekarang ini dan jika kes sebegini berlaku dinegara maju kesemua ahli Jemaah Menteri itu akan meletakkan jawatan.

Semasa TLLS berhadapan dengan PAC beliau telah memberitahu PAC bahawa yang melakukan pemantauan keatas penilaian tanah tersebut diketuai oleh PM sendiri, iaitu Dr Mahathir.

Mengikut kata Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian pengangkutan semasa itu, TLLS sedar bahawa jika pembelian tanah itu didasarkan kepada ‘Land Acquisition Act 1960, sebanyak RM600 juta wang rakyat boleh diselamatkan.

Zaharah memberi tahu yang TLLS sudah berbincang dengan Dr Mahathir tentang isu harga tanah ini. Disini sudah nyata bahawa apa yang dikatakan oleh TLLS itu merupakan indikasi yang dalam kes ini bukan beliau seorang bertanggunjawab tetapi ramai lagi yang patut dipersalahkan.

Sekarang TLLS memohon kepada Mahkamah untuk bertindak untuk membuat ‘declassification’ terhadap semua minit-minit mesyuarat kabinet dan ‘post Cabinet’ yang berkaitan dengan isu PKFZ ini. TLLS menuntut supaya semua minit-minit in di’ declassify’ bagi mempertankan dirinya dari pertuduhan ini diMahkamah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...