MB T’ganu didakwa beri kontrak uniform sekolah tanpa tender


Oleh Free Malaysia Today

Dalam perkembangan lain, kontrak uniform sekolah diberi tanpa tender juga berlegar di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Dipercayai wanita misteri itu bernama Mek Hawa binti Abdul Rahman yang mendapat kontrak tanpa tender selepas mendapat surat terus dari menteri besar.

Di percayai sekitar November 2008, syarikat yang diberi nama Hamie Enterprise menghantar surat terus kepada menteri besar menyatakan syarikat itu membekalkan pakaian sekolah dengan jenama ‘Ganu Kita.”

 

Dalam surat itu, dinyatakan  Hamie Enterprise memohon membekalkan uniform sekolah kepada kerajaan negeri.

Surat Hamie yang ditandatangani oleh penama, Azreen bin Ami Nordin telah diluluskan oleh menteri besar sebagai syarikat pembekal uniform sekolah.

Pada November , Ahmad dilaporkan bahawa rundingan memilih  Hamie Enterprise untuk membekalkan uniform sekolah untuk 2008  telah berjaya.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia,  Hamie Azreen bukan pemilik atau rakan kongsi kepada  Hamie Enterprise yang ditubuhkan pada 1994. Mek Hawa binti Abdul Rahman  adalah pemilik  Hamie Enterprise.

Setelah diluluskan oleh menteri besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal telah mendapat tender amie Enterprise sebagai pembekal uniform sekolah  kepada  53,300 pelajar RM7, 995,000.

Sejak keputusan dibuat pada akhir tahun, perbelanjaan yang seharusnya dibuat melalui tender oleh kerajaan negeri hanya diberi melalui rundingan.

Berikutan kekurangan masa uniform dan peralatan dibeli dari China tanpa membuat rujukan terhadap keperluan saiz secara mendalam.

Keputusannya, sehingga sekarang, walaupun selepas dua tahun uniform termasuk stokin dan kasut belum habis  diagihkan kerana saiz tidak sesuai.

Mengikut laporan pejabat pendidikan daerah  Hulu Terengganu, hanya selepas dikira semula 5  Otober 5, 2009, mengesahkan simpanan masih ada di pejabat itu adalah seperti berikut:

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...