Pandangan Nurul Izzah tentang ‘hak istimewa’ Melayu tepat


Oleh Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa frasa ‘hak istimewa’ Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya ‘kedudukan istimewa’ sangat tepat.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata, “begitu juga dengan slogan ‘Ketuanan Melayu’ memang tidak terdapat dalam Perlembagaan Negara.

“Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membidas kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tiga menteri kanan yang mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Syed Husin berkata, “nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...