Umno takut kerana saya banyak bantu Melayu, Islam- Guan Eng


by Mohd Rashidi Hasan, Malaysian Digest

LIM Guan Eng sering menjadi sasaran media arus perdana. Ada sahaja yang tidak kena pada pentadbirannya. Beliau dituduh anti Melayu dan anti Islam oleh media talibarut Umno.

Di sebalik asakan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, tetap tenang. Namun beliau tidak dapat menyembunyikan kegusarannya, kalau-kalau serangan media talibarut Umno-BN menjangkau sehingga kepada serangan fizikal.

Ikuti luahan hati beliau dalam wawancara wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan KHAIRUL HARTIMI bersama Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada 2 September lalu membincangkan isu-isu semasa.

HARAKAH: Apa pandangan saudara mengenai Umno, yang sejak akhir-akhir ini semakin hebat memberikan tekanan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya saudara selaku Ketua Menteri Pulau Pinang? (Bold)

LIM GUAN ENG: Pada saya, yang paling ketara ialah kajian Merdeka Centre di mana, di kalangan Melayu, hanya 44 peratus menyokong Umno dan selebihnya menentang Umno, kajian itu memperlihatkan Umno ini, lagi lama lagi teruk.

Mereka hanya memainkan isu perkauman sahaja, rasuah di kalangan mereka semakin tinggi. Mereka tidak boleh kikis imej rasuah, rakyat lagi lama lagi jemu, mereka (Umno) pun tahu hakikat ini.

Jadi Umno harus  buang imej rasuah?

Ya. Kalau mereka tidak buang rasuah mereka akan mati, tetapi kalau kitapun tidak buang rasuah kita pun mati juga.

Mutakhir ini mereka serang peribadi, mainkan isu agama dan perkauman?

Sekarang ini  bertubi-tubi mereka menghentam kita. Mereka hentam keromo sahaja isu-isu perkauman dan agama.

Itu menunjukkan keterdesakan dan mereka sudah bercelaru tidak ada isu mereka nak mainkan.

Saya rasa mereka (Umno) ini sudah hilang akal dan guna cara Firaun sahaja.
Sekarang ini apabila mereka sudah tidak boleh beli keyakinan rakyat, mereka guna fitnah sahaja dan gunakan kuasa rakus mereka melalui media yang menjadi talibarut mereka.

Bagaimana kesannya?

Kesannya ada kita akui, tetapi kesannya ialah di kalangan ahlinya (Umno). Serangan terhadap kita, hanya akan meningkatkan perasaan dan akan ada yang terbawa-bawa dengan sentimen perkauman yang mereka bawakan.

Tetapi kita juga kena waspada dengan api perkauman ini kerana mereka sentiasa berusaha, mereka guna sekarang dan kita kena hadapi menjelang pilihan raya.

Kita tidak mahu kita terus tidur lena tetapi kena hadapi serangan terakhir ini yang berbentuk perkauman sempit, serangan maut.
Dia (Umno-BN) mahu kita maut tetapi jika kita tidak maut mereka yang maut, tiada jalan yang senang sama ada hidup atau mati…..(ketawa).

Adakah saudara jangka serangan ini akan berterusan?

Ya. Mereka akan buat sampai saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.  Ini kita harus hadapinya juga.

Terbaru mereka palsukan gambar, kononnya saya menyembelih korban. Gambar Nizar mereka ubah, letak gambar saya. Mereka sengaja buat provokasi.

Dalam isu masjid ini pula (membabitkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching) sengaja mereka mainkan dengan naikkan gambar Teo Nie Ching yang masuk ke surau, sedangkan Teo ini datang atas jemputan AJK Surau al- Huda.

 

Kalau dia (Teo) tolak lagi akan jadi orang pandang dia tak senonoh, soal boleh atau tidak dia duduk dalam surau atau masjid ini saya tak mahu campurlah. Biarlah ulama yang berikan penjelasan. Tetapi untuk meredakan kemelut ini beliau telah mohon ampun kepada Sultan.

Jadi janganlah perbesarkan isu ini, tetapi mereka (Umno) tidak mahu lepaskan isu ini, walaupun Teo telah memohon maaf. Tengok ini adalah politik. Kita mohon maaf kepada Sultan, dan kita mahu redakan perkara ini kerana ini bulan Ramadan yang suci, tetapi mereka (Umno) gunakan isu ini untuk dijaja seluruh negara bagi memburukkan kami (DAP) dan PAS.

Ini agenda politik mereka, ini satu cabaran hebat. Apa pun saya rasa gembira dan syukur kerana hubungan erat antara Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sangat kuat.

Baik PAS, baik DAP, kita sama-sama hadapinya, kita yakin rakyat pun tidak percayakan lagi dakyah mereka ini (Umno).
Tetapi saya rasa kita kena kerja kuat dan buat pelbagai program.

Apa program yang dibuat untuk menangkis serangan ini?

Dua minggu lepas dan esok, kita bagi penerangan kepada masjid-masjid, setiap kali kita pergi, kita bagi penerangan apa sebenarnya yang berlaku.

Kita hendak jelaskan semula kepada rakyat isu ini, kita tidak ada ruang sebab bila kita hendak jelaskan Utusan Malaysia tidak bagi ruang, hanya Harakah sahaja yang berikan ruang.

Tetapi Harakah pula diasak oleh kerajaan.

Mengapa Umno kelihatan konsisten membuat serangan?

Saya rasa serangan yang dibuat Umno menunjukkan mereka tidak ada akal, tidak ada isu dan tidak ada idea lagi.

Hanya kerana mereka mahukan pilihan raya nanti mereka ada kekuatan dengan sokongan kuasa dan media.

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...