PERKASA atau UMNO? – Kedua-duanya salah


By Aspan Alias

UMNO/BN akhirnya mengambil ketetapan bahawa mereka tidak mahu berkompromi dengan lagak laku PERKASA dalam politik negara kita. Ramai pemimpin UMNO telah membuat kenyataan selari dengan pemimpin BN yang lain dan nampaknya mereka sudah hilang segala kesabaran menghadapi tekanan PERKASA.

Mereka anggap PERKASA telah memerosotkan sokongan rakyat berbilang kaum terhadap coalition parti-parti yang memerintah. Selagi BN tidak mengambil sikap berpisah secara formal terhadap NGO politik Melayu ini selagi itulah UMNO khususnya dan BN amnya akan terjejas dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam hari-hari terakhir ini ramai pemimpin UMNO telah menyelar Ibrahim Ali secara terbuka. Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang nampaknya sebagai suara yang mewakili BN terang-terang menyatakan bahawa Ibrahim Ali akan menghadapi calon UMNO selain daripada calon PAS di Pasir Mas.

Kerusi yang sekarang diduduki oleh Ibrahim setelah memenangi kerusi tersebut hasil daripada understanding dengan PAS dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang Ibrahim Ali sudah meninggalkan rakan yang memberikan beliau tempat di Parlimen dengan banyak alasan yang hanya beliau sendiri yang tahu.

Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz merupakan antara pemimpin UMNO yang merasakan kepahitan dengan wujudnya PERKASA yang dianggap mereka sebagai tempat dan ‘syurga’ bagi mereka-mereka yang kecewa dalam politik.

MCA terutamanya pemimpin utama mereka Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya dari awal telah menyelar Ibrahim dan PERKASA dan meminta UMNO mengambil sikap yang betul terhadap kehaziran PERKASA dalam politik tanah air.

Tindakkan ‘ultra’ Melayu PERKASA merupakan elemen yang amat merbahaya bagi BN kerana ianya telah jelas menjauhkan orang bukan Melayu dari memberikan sokongan kepada BN selagi BN tidak menunjukkan sikap penentangan terhadap PERKASA.

Hanya Dr Mahathir yang merupakan penaung kepada pertubuhan PERKASA yang mempertahankan NGO itu kerana Dr Mahathir beranggapan yang UMNO telah gagal membawa penyatuan kepada ahli-ahli UMNO dan kebanyakkan ahli-ahli PERKASA itu adalah terdiri dari Ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap parti itu.

Pemimpin pembangkang juga memberikan komen-komen tentang isu perbalahan diantara BN dan PERKASA dan perselisihan faham diantara Melayu PERKASA dan Melayu UMNO. PKR mempersoalkan kenapa Dr Mahathir memberikan sokongan kepada PERKASA sedangkan UMNO menengahnya.

Difahamkan Najib telah membisikkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN supaya menjauhkan diri mereka dari PERKASA kerana PERKASA telah jelas merosotkan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan memberikan masalah kepada BN keseluruhannya. Khairy terpaksa menyelitkan dirinya dibawah ketiak Wee Ka Siong untuk dilihat relevan sebagai pemimpin BN dan bukannya pemimpin Pemuda kepada UMNO.

Yang lebih menjadi tanda tanya kenapa Muhyiddin senyap sepi dan ramami telah menganggap beliau sedang menunggu giliran untu menjadi PM jika Najib ter[paksa menuruti tekanan kuat dari beberapa pihak yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Dalam hal ini jangan dipersalahakan kepada Najib seorang kerana segala-galanya adalah kesilapan bersama. Mereka bersama-sama berada didalam kabinet dan Majlis Tertinggi Parti dan keputusan yang diambil mestilah dianggap sebagai keputusan bersama dan semuanya mesti ‘accountable’ terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh parti dan kerajaan.

Jika Najib terpaksa pergi seluruh kepimpinan yang diatas itu waib pergi kerana segala keputusan parti diputuskan oleh semua yang ada didalam MT itu dan selutuh anggota kabinet.

Selagi tanggungjawab tidak terlaksana ‘collective’ selagi itulah BN dan UMNO akan hilang pengaruh sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hanya menjadi bahan bacaan para sejarawan yang akan datang seperti ramai yang membaca sejarah kewujuddan UMNO sehinggalah parti itu dibiarkan mati oleh Dr Mahathir dahulu.

Read more at: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/09/perkasa-atau-umno-kedua-duanya-salah.html

 



Comments
Loading...