UMNO lawan Perkasa – bahagian akhir


Saya bukanlah hendak sinikal (cynical). Tapi bila Dato Najib keluarkan statement dan kenyataan, saya perlu tahu dahulu, audiens dimana kenyataan itu di keluarkan. Kelmarin, DS Najib menegaskan untuk melawan ekstremisme dan dia sedih kerana ada organisasi dan individu yang masih mendendangkan irama perkauman. Siapa yang di maksudkan bukan teka teki lagi.

Maka jika audiens nya berbilang kaum dan ramai pula penyokong setia yang mungkin pula di angkut dengan bas bas, saya tidak heran DS Najib mengeluarkan kenyataan demikian. Tapi bayangkan jika audiens tersebut terdiri dari semua orang Melayu, yang bersongkok, bertanjak dan bersamping, saya tidak fikir Dato Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Jadi saya sangsi dan belum muktamad menjatuhkan penilaian sebab kita semua sudah tahu Dato Najib selalu tidak konsisten dan selalu belum muktamad. Why doesn’t he go on national television and state his ideas ke seluruh Negara? Itu cara yang lebih baik untuk mendapatkan consistency.

Kita bukan hendak bahas mengenai Perkasa disini. Dalam artikel2 yang saya telah tulis, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Melayu, tema nya ialah apa perlu UMNO buat. Bukan apa yang Perkasa perlu buat. Sekurang kurang nya Perkasa ‘clear’ dalam missi mereka. Yang bermasaalah ialah UMNO.

Disini lah letak nya kegagalan pimpinan UMNO. Gagal untuk mengemukakan program dan agenda kemajuan orang Melayu. Sebab tidak ada yang muktamad. Sebab pimpinan UMNO tak faham. Sebab antara presiden dan pimpinan lain UMNO- walaupun tidur sebantal, mimpi mereka lain lain.

Ibrahim Ali tidak ada program. Tapi dia ada kejantanan dan berani bercakap mengenai persepsi apa dia kepentingan Melayu. Semua orang tahu yang Ibrahim Ali laungkan ialah ketuanan Melayu- Malay supremacy. Sepatutnya program UMNO ialah kepimpinan Melayu- Malay leadership.

Ini gagal di lakukan oleh UMNO. Yang konsisten bercakap mengenai idea Dato Sri Presiden ialah ketua Pemuda UMNO. Tapi kos yang terpaksa di bayar oleh nya, mungkin amat besar. Dia terpaksa pula menempuh segala macam risiko peringkat peribadi dan keatas masa depan politik nya. Mungkin dia tidak ada masa depan politik. Tapi sekurang kurang nya, dia konsisten dalam menjadi jurubicara wawasan Najib.

Yang tidak ‘Kitol’ dalam UMNO, tidak pula bercakap mengenai idea Najib malah dengan berani berkata menyokong PERKASA. Najib kena behave firm dan tegas dalam kepimpinan nya. Yang tidak selari dengan idea yang hendak di bawa, sila keluar atau di keluarkan. Kita tahu, ramai “kitol” dalam UMNO.

Dato Sri Najib kena jaga anak buah. Saya kurang setuju dengan pandangan sahabat saya blogger Voice yang menulis mengenai KJ’s insidious hand dalam crisis UMNO-PERKASA. Pertama, sejak bila ada MOU antara UMNO dan PERKASA? Yang ada ialah keterbetulan ramai ahli UMNO yang sokong PERKASA. Mereka menyokong sebab Najib tidak offer an alternative program. Jadi void di isi dengan kelantangan PERKASA.

Dan ahli ini semua di golong oleh Nazri Aziz sebagai has beens. Malah Nazri kata Dr Mahathir lah yang merupakan has been yang terkemuka sekali. Saya tidak lihat penyokong2 Dr Mahathir menghentam Wyaat Earp UMNO ni. Kepada saya, Nazri lebih insidious element dalam perjuangan UMNO sebab dia mencetuskan geram dan sakit hati.

Pada pandangan saya, jika ada orang yang kita hendak persalahkan kerana pertembungan PERKASA-UMNO ini, orang nya ialah Presiden UMNO sendiri. Kita tidak perlu menggunakan kesamaran ‘semantics untuk kata Najib bukan kata suruh berperang dengan Perksa, dia hanya suruh menjauhi. Jika DS Najib lemah dan salah, tidak tegas dan konsisten, kita katakan halnya yang sebenar. Tidak perlu dolak dalih. Dalam hal manangani Perkasa, punca kekeliruan ialah Najib sendiri.

Isyarat yang Dato Sri keluarkan tidak clear dan precise. Ini macam main selamat punya strateji. You kata tidak mahu ada apa apa dengan PERKASA dan dalam mesyuarat MKT beri mandat kepada orang untuk taruh PERKASA. Tapi perlakuan Dato Sri sebagai presiden tidak menampakkan kesungguhan. Pertama Dato Sri layan PERKASA dengan menghadhiri beberapa program PERKASA. Kedua, Dato Seri hantar Samurai untuk lawan PERKASA tapi tidak memberi pedang.

Dato Sri tidak memerlukan ramai orang dalam pasukan special forces. Cukup ada 15-20 orang di seluruh Negara yang menyuara dan menjuarai wawasan Dato Sri. Yang penting beri mereka 100% sokongan dan bekalkan pedang untuk samurái Dato Sri. Yang duduk diam dan mengaku tidak “kitol’ sepatutnya segera di nyahkan oleh Dato Sri. Yang di perlukan ialah sekumpulan yang sefikiran, dedikasi dan berkesungguhan. You perlukan war cabinet bukan cabinet yang di penuhi dengan tokoh ow, ow.

Ada beza antara konsep ketuanan dan kepimpinan Melayu. Konsep ketuanan bersandarkan hak semula jadi atau hak yang di laksanakan oleh undang undang atau melalui instruments paksaan( coercive instruments). Kepimpinan sebaliknya membawa implikasi pertangungjawapan. Dan pertanggungjawapan hanya boleh di terapkan melalui keyakinan dan kepercayaan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...