Melayu Pendatang atau Penduduk Asal!
(Milenia Muslim) Berdasarkan sejarah dan kajian ahli arkeologi, orang Melayu terbukti sudah lama mendiami Tanah Melayu termasuk Melaka yang diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut Malay Archipelago yang meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.
IKARMAN Wagino, 54 dari Rengit, Johor mengaku datuknya berasal dari Jawa Tengah dan merantau ke negara ini pada 1905 dan berkahwin dengan orang tempatan. Daeng Salim Daeng Kechik, 48 yang kini menetap di Kuala Lumpur juga mengesahkan ayah dan datuknya berketurunan Bugis yang berhijrah ke Johor.
Seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan yang kini berusia 65 tahun pula menyatakan datuk dan neneknya adalah Melayu Champa dari Kemboja sebelum berhijrah ke Kelantan pada awal 1930-an manakala Mohd Mirza Gulam, 56 pula mengatakan datuknya berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan rakyat tempatan.
Kini semua mereka adalah orang Melayu berwarganegara Malaysia. Cuma ada sesetengahnya berwajah kacukan dan campuran Cina, Mamak, Pakistan, India dan Arab. Malah rata-rata orang Melayu apabila ditanya asal-usul dan keturunan nenek moyang, mereka mengatakan adalah pendatang dari Indonesia, India, China, Kemboja malah dari Arab. Mereka seolah-olah tidak mahu mengatakan anak jati negara ini kerana dikhuairi dituduh keturunan Orang Asli.
Jika begitu andaiannya, Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini bukanlah anak jati atau penduduk asal negara ini atau mereka juga mungkin layak dikatakan sebagai pendatang seperti Cina dan India. Jadi, siapa penduduk asal negara ini? Adakah Orang Asli boleh dikategorikan sebagai penduduk asal. Kalau ada yang mempertahankan Melayu sebagai penduduk asal, apa buktinya?
Found at: http://www.mileniamuslim.com.my/
[Link to “read more” at the mileniamuslim site is broken – MTadmin]
Pengakhirnya:
Persoalannya, mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan semula? Mungkinkah ada udang di sebalik batu? Jika nenek moyang orang Melayu tahu perkara begini akan timbul, barangkali mereka tidak akan mengizinkan pendatang asing menjadi warganegara.