Mustaffa dan Lee hadapi saingan di peringkat cabang


Oleh Fazy Sahir, Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Naib presiden PKR Mustaffa Kami Ayub dan Lee Boon Chye, kedua-duanya dari Perak, akan menghadapi saingan dalam pemilihan ketua cabang parti itu minggu depan.

Mustaffa akan ditentang bekas pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN) Perak Osman Abdul Rahman dalam pertandingan “satu lawan satu” untuk jawatan ketua cabang Pasir Salak pada pemilihan Sabtu depan.

Mustaffa , yang kini timbalan ketua cabang Pasir Salak memangku jawatan itu setelah Osman meletakkan jawatan sebagai ketua pada 2007.
Osman meletakkan jawatanya sebagai ketua cabang dan pengerusi MPN secara rasmi pada 2007.

Pada November 2009, Mustaffa telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi MPN tetapi kekal menjadi pemangku cabang tersebut.

Osman ketika dihubungi mengesahkan pencalonananya itu dan berkata bahawa beliau telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.

“Jawatan itu kosong setelah saya meletakkan jawatan pada 2007 lalu. Maka Mustaffa yang ketika itu timbalan saya menjadi pemangku untuk jawatan tersebut.

“Saya diminta oleh akar umbi untuk bertanding semula, maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua cabang Pasir Salak,” katanya kepada FMT.

Boon Chye dicabar timbalannya

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye yang juga ketua cabang Gopeng bakal berdepan timbalannya Anuar Zakaria.

Anuar yang juga setiausaha kerja PKR negeri mengesahkan perkara berkenaan.

“Saya akan mencabar Lee untuk jawatan ketua cabang Gopeng. Ini persaingan sihat antara saya dan ketua. Tiada apa-apa yang peribadi cuma saya meletakkan diri saya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada FMT.

Seramai 50,000 ahli PKR Perak bakal menunaikan tanggungjawab memilih dalam pemilihan cabang yang berlangsung Sept 25 ini.

Perak kini mempunyai 24 cabang, dimana 10 cabang telah memilih ketua tanpa pertandingan.

Sepuluh cabang itu ialah Bagan Serai, Parit Buntar, Bukit Gantang, Padang Rengas, Parit, Ipoh Timur, Sungai Siput, Tapah, Telok Intan dan Bagan Datok.

Kini pertandingan tertumpu kepada 14 cabang lain termasuklah dua cabang yang dianggap panas, Pasir Salak dan Gopeng.

Berikut senarai ketua cabang yang menang tanpa bertanding:

 

SELANJUTNYA DI SINI.



Comments
Loading...