Aduan terhadap Joe Fernandez dan Malaysiakini


Saya menulis aduan berkenaan suatu laporan pada 3 September lalu, yang ditulis oleh Joe Fernandez, berjudul “S’wak PKR tells Anwar to settle Sabah crisis swiftly.” [“PKR S’wak beritahu Anwar untuk selesaikan krisis Sabah secepatnya”]

Fernandez secara tidak adil dan tanpa asas memperbesar-besarkan kesan kes 12 orang ahli PKR Sabah yang digantung keahlian mereka kerana mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak.

Dalam laporan tersebut, Fernandez juga dengan secara salah silap memetik kenyataan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian (bahagian salah petikan digariskan di bawah ini).

“We told Anwar frankly that the issue of the 12 Sabah PKR leaders facing disciplinary action is affecting morale and preparation in Sarawak ,” said state PKR chief Baru Bian (right). “He must be bold and decisive. This issue had been settled. Suddenly, it flared up again and caught us all by surprise.”

[“Kami telah berterus terang dengan Anwar mengatakan perkara 12 orang pemimpin PKR Sabah yang berdepan dengan tindakan disiplin mempengaruhi moral dan persiapan di Sarawak,” kata ketua PKR Sarawak, Baru Bian. Dia harus berani dan menentukan. Masalah ini telah diselesaikan. Tiba-tiba ia muncul kembali dan sememangnya ia mengejutkan kami.”]

“These are small places and yet the turnout was something that Anwar himself did not expect,” he said.

[“Ia tempat yang kecil dan jumlah kehadiran merupakan suatu yang diluar jangkaan Anwar,” Katanya.]

“When asked about the chances (for the opposition coalition) in Sarawak , (Anwar) told them that he was an incurable optimist,” he said.

[Apabila ditanya tentang peluang (pakatan pembangkang) di Sarawak, (Anwar) memberitahu mereka bahawa beliau sangat-sangat optimis,” katanya.]

“PKR national vice-president Jeffrey Kitingan from Sabah has been instrumental in building up the party in Sarawak ,” he said.

[“Naib Presiden PKR Kebangsaaan, Jeffrey Kitingan dari Sabah memainkan peranan penting dalam membangunkan parti di Sarawak,” katanya.]

He completely agreed with Chua Jui Meng, who accompanied Anwar (right), that “there should be no witch-hunt as agreed under the Dec 13 formula”.

[Dia bersetuju sepenuhnya dengan Chua Jui Ming, yang mendampingi Anwar, bahawa “tidak ada yang akan diburu hukum seperti yang dipersetujui dibawah formula 13 Disember.”]

“According to Anwar, some new evidence had surfaced that necessitated the taking of the pending disciplinary action against the Sabah 12,” said Bian. “He doesn’t see the new evidence as covered by the peace plan.”

[“Menurut Anwar, beberapa bukti baru telah muncul yang memerlukan pengambilan tindakan disiplin yang tertunda terhadap 12 pemimpin PKR Sabah,” kata Bian. “Dia tidak melihat bukti baru seperti yang diatur dalam pelan damai.”]

“Anwar stressed on the new evidence and thinks that the disciplinary process should have been allowed to run its course,” said Bian, who is a practising lawyer.

[“Anwar menekankan pada bukti baru dan berfikir bahawa proses disiplin semestinya diizinkan untuk berjalan,” kata Bian, yang juga seorang pengamal guaman.]

“Instead, there was a pre-emptive rush to judgment on the appeal process. Some media reported that only three leaders would be suspended and the others let off with warning letters.”

“The final verdict, whatever its form, cannot logically be announced before the appeal process had been completed,” he said.

[“Sebaliknya, ada tindakan pre-emptive (yang diambil terlebih dahulu) secara terburu-buru untuk penghakiman proses rayuan. Beberapa media melaporkan hanya tiga pemimpin akan digantung keahlian dan yang lain dilepaskan dengan surat peringatan.”

“Keputusan akhir, apapun bentuknya, secara warasnya, tidak boleh diumumkan sebelum proses rayuan selesai,” katanya.]

Anwar was also anxious to assure the gathering in Kuching that he “was not anti-Christian as painted by some of the media in the wake of the disciplinary action against the promoters of PCS”.

[Anwar juga cemas bagi meyakinkan pertemuan di Kuching bahawa beliau “bukan anti-Kristian seperti yang dilukis oleh beberapa media, bermula dari tindakan disiplin terhadap promoter PCS”.]

“We must give Anwar the benefit of the doubt in the conduct of the disciplinary and appeal process,” said Bian.

[“Kita harus tidak meragui Anwar dalam melaksanakan proses rayuan dan disiplin,” kata Bian.]

“It shouldn’t be long before we can bring this unfortunate episode to a close.”

[“Seharusnya tidak lama lagi, sebelum kita dapat menamatkan episod malang ini.”]

Being a party man, he said, he “draws a firm line against washing dirty linen in public”.

[Menjadi orang parti, katanya, dia “amat bertegas menentang tindakan pembersihan dalaman parti yang dilakukan secara terbuka kepada pengetahuan orang ramai.”]

Kami mendapati laporan tersebut tidak dapat diterima dan dilakukan dengan niat jahat seolah-olah ada agenda untuk menunjukkan PKR dan secara khususnya Anwar dalam keadaan yang buruk sebagai anti-Kristian.

Kami menegaskan sekali lagi bahawa 12 orang pimpinan Sabah digantung kerana mendaftarkan parti baru – suatu tindakan serius yang melanggar peraturan parti dan tidak ada kena mengena dengan beberapa orang dikalangan mereka yang beragama Kristian atau Kadazan Dusun. Baru Bian tentunya kesal terhadap laporan tersebut dan telah menulis kepada Stevan Gan berhubung isu ini. Kami juga menyiarkan semula sms Baru Bian kepada Joe Fernandez terhadap tulisannya itu:

Friend,

You have not kept your words. You not only put words into my mouth but “quoted” me all the way in your article which were not quite accurate. I am afraid, I cannot trust you any more.Very disappointed!

BBian

[Terjemahan:

Kawan,

Kamu tidak berpegang pada janji. Kamu bukan sahaja menyumbat kata-kata ke mulut saya tetapi “memetik” saya di seluruh rencana tulisan kamu yang tidak berapa tepat itu. Saya bimbang yang saya tidak dapat mempercayai anda lagi. Amat mengecewakan!

BBian]

Hal ini bukanlah yang pertama dilakukan oleh Joe Fernandez dengan sikap teruknya terhadap PKR dan Anwar. Menjadi fakta, ianya merupakan kesinambungan berterusan sepertimana yang dapat dilihat dalam rencana-rencana berikut (ada banyak lagi) yang mengandungi kesalahan yang sama, silap petikan dan pandangan buruk yang berat sebelah.

“3 pemimpin PKR Sabah digantung, 9 diberi amaran”, 30 Ogos 2010 – [“3 Sabah PKR leaders suspended, 9 warned”, August 30, 2010]

Ini bahkan bukan keputusan yang diambil pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pusat PKR. Sebaliknya, keputusan untuk menerima cadangan dari jawatankuasa disiplin untuk menangguhkan penggantungan ke atas 12 orang tersebut – untuk berlaku dari 4 Januari 2010 ke 3 Januari 2011. Parti juga memberitahu bahawa mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu dan rayuan akan didengar secepat yang mungkin. Ini bagi membolehkan mereka yang dicalonkan untuk ikut serta dalam pemilihan parti. Hal ini bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan.

“Sabah cabaran yang melemahkan semangat Anwar, 29 Ogos 2010 “[Sabah a daunting challenge for Anwar”, August 29, 2010]

Keseluruhan cerita mendakwa Anwar diperlecehkan kerana tindakan Parti terhadap 12 pemimpin Sabah itu amat tidak benar dan berasaskan tafsiran buruk terhadap apa yang terjadi, misalnya beliau berkata tidak menerima pengunjung dari waktu beliau mendaftar masuk ke dalam hotel hinggalah ke waktu mesyuarat majlis negeri, yang mana sebenarnya beliau hanya memiliki masa selama sejam untuk berehat sebelum menghadiri mesyuarat tersebut; bahawa terdapat kehadiran yang rendah seramai 300 orang, bilamana sebenarnya dewan hotel penuh sesak; dan andaian bahawa ceramah di Sepanggar dibatalkan kerana tindakan balas terhadap penggantungan tersebut, yang mana sebenarnya kerana tidak mendapat permit polis. Selanjutnya seluruh rencana dipenuhi dengan ungkapan-ungkapan yang sangat negatif tanpa kewajaran fakta-fakta untuk digunakan seperti, “disambut dengan penghinaan,” “memalukan”, “kesopanan pura-pura”, “Anwar memujuk hatinya yang sedih”, “perlecehan buat Anwar” dll.

“Jeffrey beritahu Anwar untuk jauhkan diri dari Sabah,” 27 Ogos 2010 [“Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah”, August 27, 2010]

Sms dari Jeffery kepada Anwar diambil di luar konteksnya dan disalah ertikan secara keseluruhannya untuk menunjukkan bahawa Jeffery memberitahu Anwar untuk menjauhkan diri dari Sabah dan beliau tidak dialu-alukan kehadirannya pada saat ini. Hal ini amat menyesatkan, kerana sms dari Jeffrey kepada Anwar hanyalah untuk menasihatkan Anwar agar memikirkan kembali rancangan lawatannya dan bukanlah berupa amaran atau peringatan keras seperti yang digambarkan Joe Fernandez. Selanjutnya lawatan tersebut dijadualkan oleh keseluruhan kepimpinan PKR Sabah dan sms Jeffery bukanlah keputusan bersama.]

Meskipun kami amat menghormati dan menghargai kerja-kerja Malaysiakini yang telah menyumbangkan ke arah kewartawanan bebas, kebebasan akhbar dan maklumat, namun kami menolak jenis kewartawanan yang diamalkan oleh Joe Fernandez. Kami telah mengarahkan para pemimpin PKR untuk tidak berurusan dengan Fernandez lagi dan kami juga amat menghargai jika Malaysiakini dapat menugaskan wartawan lain bagi melaporkan isu-isu PKR.

Sekali lagi, kami amat kecewa dengan Malaysiakini yang tidak menurut piawaian kewartawanan yang diperlukan apabila membuat laporan ke atas Keadilan. Kami dengan ikhlas berharap Malaysiakini tidak terikut jejak perkembangan semasa yang telah menjangkiti beberapa media internet dan blog-blog yang bersungguh-sungguh berlebih-lebihan mereka ciptakan skandal-skandal PKR, meskipun tidak berlaku dan memetik kononnya “sumber-sumber dalaman” atau tidak bernama dalam keadaan para pemimpin parti bersedia untuk memberi ulasan atau menyediakan penjelasan alternatif.

Terima kasih.

Yang benar,
Latheefa Koya
Ketua Penerangan PKR

 



Comments
Loading...