Umno Dalam Keadaan Bengong


Umno tersilap besar jika mahu merasuah rakyat dengan janji – janji palsu pembangunan. Kami tidak mahu pembangunan besar, bangunan tinggi – tinggi, yang kami mahukan harga barang rendah dan hidup kami tenang dan aman.

By From Vehicles to Life

Setelah berlaku tsunami besar – besaran yang mengakibatkan Umno dan Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti, kehilangan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan, Umno kelihatan semakin bengong dalam setiap gerak – kerja yang mereka rancang. Mereka akan membangkang atas apa juga isu yang pada akhirnya menampak kebodohan mereka.

Masih segar dalam ingatan ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma kepada rakyat negeri tersebut, Khir Toyo (si peroboh kampung Melayu) membantah idea tersebut. Mereka sanggup menentang sesuatu perkara walaupun perkara tersebut menyenangkan hati rakyat sedikit. Sudah pasti rakyat akan merasa senang hati dengan pemberian air percuma. Umno khuatir dengan pemberian tersebut menyebabkan rakyat negeri Selangor akan terus – menerus menyokong Pakatan Rakyat. Umno sedar mereka tidak mampu buat seperti mana kerajaan Pakatan Rakyat buat. Tugas Umno untuk memerintah hanyalah untuk mengkayakan kroni hatta pemandu Khir Toyo mempunyai pemandu sendiri.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat memberikan duit bantuan kepada warga emas di Pulau Pinang, puak – puak Umno mengamuk sakan. Kenapa mereka harus mengamuk sakan? Kenapa mereka membantah pemberian mulia seperti ini? Kerana mereka tidak mahu rakyat tahu selama ini kerajaan negeri mempunyai duit yang banyak namun malangnya tidak pernah sampai ke tangan rakyat. Mereka tidak mahu dicop sebagai pemimpin yang menipu. Mutakhir ini heboh pemimpin Umno mengatakan wang ehsan kepada warga emas sumbernya dari duit judi. Umno lupa bahawa sumber pendapatan negara juga datang dari Genting Highlands, Berjaya Group, Guiness Stout, Anchor Beer. Kenapa ini tidak ditentang habis – habisan jika benar – benar mahu membela kesucian duit ini. Munafik sungguh pemimpin Umno dan penyokong Umno.

Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/09/umno-dalam-keadaan-bengong.html



Comments
Loading...