Anwar mahu ahli PKR contohi Syed Husin


Oleh Staf FMT

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap saranan diberi pemimpin vateran Dr Syed Husin Ali perlu diambil perhatian ahli parti.

Menurut Anwar dalam kesibukan para pimpinan mahupun penyokong PKR dalam pemilihan kini, beliau mahu mereka mengambil masa sejenak untuk menelaah wawancara terkini Syed Husin dalam Merdeka Review.

“Saranan malah teguran beliau walaupun menyengat harus dihadam (diterima). Hikmah nasihat dan peringatan beliau amat bernilai bagi perjuangan.

“Saya yakin demi kesinambungan dan kemurnian perjuangan suara dhamir dan suara Syed Husin harus terus bergema,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam blognya hari ini.

Anwar berkata, Syed Husin dilihat sebagai tokoh yang menzahirkan sikap tegas dalam menentang kezaliman sepanjang perjuangannya untuk rakyat.

“Tatkala menyingkap pengalaman Syed Husin dalam dua Wajah menzahirkan sikap tegas menentang kezaliman dan kepedulian jitu terhadap perjuangan rakyat.

“Dalam kemelut sekarang, amat sukar sekali tokoh seperti beliau diberikan ruang bukan sahaja dalam media milik Umno; malah juga dalam apa yang dilonggokkan sebagai media alternatif.

“Ini justeru kerana pendirian tegas beliau tidak memenuhi selera atau agenda mereka,” katanya lagi.

Pada 14 September lalu, Syed Husin Ali mengumumkan pendiriannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan muda bagi mengambil alih jawatannya.

 

Selanjutnya Di Sini.



Comments
Loading...