Kerajaan Tiada Duit!


By Changing Our Mindset

Sumber dari Putrajaya memaklumkan bahawa kerajaan sekarang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk berbelanja. PTD-PTD tengah pening kepala mencari wang untuk Budget 2011 dan bonus hujung tahun untuk kakitangan kerajaan.

Hanya 1 sumber yang ada iaitu hasil daripada sumbangan PETRONAS kerana pelaburan asing amat berkurangan.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan semalam juga belum mempunyai dana yang secukupnya.

Nasihat saya, belanja dengan bijak. Takde duit buat cara takde duit. Tak perlu bagi bonus. Sedangkan syarikat swasta pun kalau tak untung tak bagi bonus inikan pula kerajaan yang takde sumber kewangan.

Perlukah kita musnahkan ekonomi dan negara semata-mata untuk kekal berkuasa dan nampak bagus di mata rakyat? Betul lah kata pepatah ‘Biar papa asal bergaya’. Jangan sampai negara muflis dan jangan mufliskan juga sumber kewangan yang ada!

Read more at: http://ikhlasmalaysia.blogspot.com/2010/09/kerajaan-tiada-duit.html



Comments
Loading...