UMNO yang hilang kuasa, bukannya Melayu
Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman.
“Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan,” kata Nizar menerusi twitternya.
Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.
Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.
Kenyataan terbaru Mahadhir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar.
Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya.
Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti.
Kenyataan Mahadhir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu.