ETP dan Nazir Razak
By Putrid Jaya
1. Ramai pemimpin Umno bimbang Program Transformasi Ekonom (ETP) yang dibentang minggu lalu adalah sebenarnya Program Mengkayakan Nazir, adik Perdana Menteri yang menjadi bos besar CIMB.
2. Adik Najib yang sudah lama mengurus bank GLC ini secara terang terang penyokong kuat Idris Jala, budak Kelabit yang menjadi menteri melalui lantikan sebagai Senator. Nazir asyik membela ‘labs’ Idris dan mempertahankan Menteri KPI walaupun bekas eksekutif Shell dan MAS ini dengan secara bongkak meramalkan Malaysia akan jatuh bangkrap dalam masa sembilan tahun lagi.
3. Nazir juga kerap membincang pasal ETP. Tidak hairanlah sebab dia dan machai machai nya di CIMB sudah lama merancang untuk mengambil alih program ini untuk kepentingan ekonomi peribadi. CIMB sudah mula merisik untuk menjadi bank perdagangan projek MRT Gamuda-MMC yang bernilai sekurang-kurangnya RM40 billion.
4. Apatah lagi lubuk emas yang diperkatakan dalam pembangunan ‘Greater KL’ yang diumumkan on Perdana Menteri. Yang kurang diketahui umum ialah penglibatan Nazir sebagai ahli lembaga pelaburan KWSP. Jawatan ini akan menolong ‘Malaysian Top Banker’ untuk medapat kontrak kontrak lumayan untuk mengendali kewangan projek projek membangunkan tanah RRI di Sungai Buloh.
5. Si adik Perdana Menteri ini akan meraih keuntungan yang paling besar dari ETP sehingga dia dengan secara terbuka dilihat berseloroh dan ketawa semasa pelancaran ETP dengan Idris, yang ditugaskan antara lain menjaga hak istimewa Bumiputra. Yang dijaga hanya kepentingan si Nazir sahaja.
6. Bank bank lain hanya akan medapat cebisan cebisan daripada ETP. Yang majoritinya akan diberikan kepada CIMB, yang dalam masa yang singkat menjadi bank kedua besar di Malaysia. Walaupun kita boleh ucap tahniah, tetapi cara CIMB menaiki tangga sampai ke tempat kedua adalah dengan menggunakan nama pemimpin kita. Bukan kerana mereka bagus sangat.
7. Pegawai pegawai dari bank bank lain sudah lama merungut bahawa semua projek lumayan di dalam ETP telah dikhaskan untuk Nazir dan CIMB, yang sebelum ini mendapat kontrak untuk menyenaraikan MAXIS di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini tidak beza dari usul Synergy Drive yang sekarang menjadi Slime Darby Berhad.
Read more at: http://putridjaya.wordpress.com/2010/09/26/etp-dan-nazir-razak/