PERKASA bakar gambar Namewee: Dialog ditamatkan sebelum demo surai


Merdeka Review

Kira-kira 70 orang anggota PERKASA berkumpul dan membakar gambar Namewee, sambil mengecam bahawa penyanyi rap ini telah menghina Islam, lantas menuntut agar Namewee meminta maaf.  Demonstrasi ini berlangsung di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KL-SCAH), pada kira-kira 9 malam tadi.

Sementara itu, satu dialog antara Namewee dengan Ketua Eksekutif KL-SCAH, Tang Ah Chai sedang diadakan dalam dewan, bertemakan “Orang muda, mengapa kamu ‘nah’?”, bermula jam 8.15 malam.  Dialog anjuran Pemuda KL-SCAH ini telah menarik kehadiran kira-kira 400 orang.

“Namewee babi”, “Namewee penakut, “Namewee tak ada telur” antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar.  Kira-kira 30 orang polis hadir untuk mengawal situasi, berdepan dengan desakan daripada pihak PERKASA agar dialog tersebut dibatalkan segera.

Bagaimanapun, forum yang menyaksikan dialog dua generasi ini terpaksa ditamatkan dengan lebih awal, pada kira-kira jam 9.30 malam, tanpa membuka ruang kepada sesi soal jawab.  Ketua Pemuda KL-SCAH, Ng Chong Soon menyeru agar hadirin dalam dewan mengawal diri dan tidak membalas sebarang provokasi daripada pihak PERKASA.

Berita penuh menyusul kemudian



Comments
Loading...