Adu kepada JPP atau sekretariat PKR


Oleh Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR di peringkat Cabang membuat aduan terus kepada JPP atau sekretariat PKR.

Pengerusi JPP Dr Molly Cheah berkata, ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tata susila pemilihan harus menggunakan saluran ini daripada membuat pelbagai tuduhan dalam media.

“JPP tidak akan teragak-agak untuk membatalkan keputusan di peringkat Cabang jika kami yakin proses pemilihan diganggu atau jika terdapat perbuatan khianat dan ganas untuk mengganggu perjalanan pemilihan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, “kami juga tidak akan teragak-agak untuk menyarankan tindakan disiplin diambil termasuk memecat ahli-ahli parti jika kami memperolehi bukti kukuh bahawa mereka terlibat dengan tindakan gagas dan mengganggu perjalanan pemilihan atau terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti membeli undi.”

“Dalam mencapai keputusan ini, kami akan menimbang laporan-laporan daripada ahli termasuk laporan-laporan daripada staf sekretariat dan sukarelawan-sukarelawan yang mengendalikan pemilihan di bawah pengawasan kami,” jelas beliau.

Selanjutnya Di Sini



Comments
Loading...