UMNO Berkuasa Melayu Hilang Kuasa
Oleh From Vehicles To Life
Ketika waktu sebelum adanya internet orang Melayu begitu bergantung harap pada Umno. Bagi orang Melayu ketika itu, tiada Umno maka habislah masa hadapan orang Melayu. Kuasa dan hak – hak istimewa bumiputera (khas untuk Melayu sahaja, orang – orang asal atau asli wayang saja) akan hilang. PAS waktu itu dianggap sampah oleh orang Melayu ketika itu.
Tapi lama – kelamaan, payung yang diharap membantu orang Melayu mula menunjukkan sikap buruk mereka. Payung yang diharap dapat membantu orang Melayu mula menampakkan kebocorannya. Harta dan maruah orang Melayu semakin dicalar oleh mereka. Orang Melayu yang merempat susah di tepi bandar selama 50 tahun, nasib mereka masih tidak diubah – ubah. Rumah mereka di sesetengah kawasan, lantai masih tanah merah. Bumbung rumah mereka masih beratap rumbai yang sering kali bocor ketika hujan kerana sudah tidak punya kudrat untuk membaikinya.
Apabila orang Melayu yang puluhan tahun meneroka sesuatu kawasan, apabila atas nama pembangunan maka mereka telah dihalau bagaikan sampah. Rumah – rumah mereka dirikan selama puluhan tahun telah dirobohkan (jangan lupa Kampung Berembang) tanpa ada apa – apa ganti rugi. Jika ada sekali pun, hanyalah rumah flat kos rendah yang sempit dan sesak. Orang Melayu taraf mereka hanyalah begitu di mata orang Umno. Umno seringkali menganggap orang Melayu bodoh. Cukup sekadar meniupkan Hak Melayu tercabar, maka orang Melayu kembali lembik dan tunduk sujud di kaki Najib dan Rosmah.
Itulah orang Melayu di mata Umno. Jarang sekali orang Umno benar – benar mahu membantu orang Melayu. Hanya perlukan sokongan orang Melayu jika pilihanraya sudah semakin hampir. Bodohkan dan candukan orang Melayu dengan slogan – slogan yang menipu Melayu. Hasilnya sehingga sekarang Umno masih memerintah. Tapi semuanya sudah berubah. Orang Melayu khasnya anak muda, yang telah celik IT telah mula menunjukkan sikap penentangan terhadap Umno. Mereka mula menentang apabila internet mula berada di dalam negara ini. Blog, youtube, twitter, dan bermacam lagi telah menjadi medan kepada mereka yang ingin bersuara tapi hak mereka itu dihalang. Pendebatan untuk menjadikan Malaysia lebih kedepan telah dihalang. Sikap untuk menentang terhadap kerajaan yang menganggap mereka PANDAI kesemuanya mula menunjukkan aksi yang ketara.
Selanjutnya di sini: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/10/umno-berkuasa-melayu-hilang-kuasa.html