Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan


50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian. Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang.

Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal. Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri kepada Perbendaharaan Kerajaan.

Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda?

Elok juga kita kaji berapa jumlah pendapatan kerajaan dari kilang-kilang arak seperti Guenness Stout dan minuman keras yang lain? Apa jadi kepada kakitangan Boustead Trading yang ramai-ramai itu dalam mana salah satu kegiatan syarikat tersebut adalah menjual arak dan berbagai minuman keras yang lain. Boustead Trading telah membayar Cukai jualan kepada kerajaan dan cukai korporat yang beramillion setiap tahun dan semua pendapatan ini masuk kedalam kantung kerajaan.

Elok ada pihak yang beragama yang tinggi memberikan pendapat tentang bagaimana harta rampasan yang didapati oleh tentera Islam semasa Islam berhadapan dengan peperangan seperti peperangan Badar, peprangan Khandak, peperangan Uhud dan banyak lagi peperangan yang mana Islam mendapat kemenangan dan mendapatkan harta rampasan yang dimasukkan kedalam Baitulmal?

Boleh ke Reezal Merican memberikan jawapannya mengikut sudut dan pandangan Islam? Boleh kah semua pegawai kerajaan mengembalikan kepada kerajaan segala wang gaji yang diterima mereka sejak bertahun-tahun yang lepas? Sanggupkah semua pesara-pesara yang menerima pencen memulangkan kembali wang-wang pencen mereka yang salah satu sumbernya dari kutipan cukai dari kegiatan judi?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...