Galas: Razaleigh belum beri jawapan


Oleh Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas.

Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

“Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.

Ianya berhubung sikap Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.

Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.

Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.

“Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.

“Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas apabila saya balik ke Malaysia,” katanya lagi yang kini sedang berada di luar negara.

Selanjutnya di sini.



Comments
Loading...