Ibrahim Ali perlu jadi calon Galas, buktikan perjuangan Perkasa


Oleh Jamilah Kamarudin, Free Malaysia Today

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad telah mencabar presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali supaya bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan bagi membuktikan perjuangannya membela ketuanan Melayu dan Bumiputera selama ini diterima.

Khalid berkata pelantikan Ibrahim sebagai calon Galas itu nanti akan menjadi platform kepada Perkasa mengukur tahap penerimaan masyarakat kaum Melayu terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu, sekaligus dapat membuktikan badan tersebut bukan ditaja Umno seperti yang didakwa sebelum ini.

“Ibrahim Ali perlu buktikan dia benar-benar membawa wawasan Melayu. Jika dia berani bertanding maka kita akan dapat tengok sejauh mana dia dan Perkasa mampu mewakili kehendak masyarakat Melayu dan bukan hanya sebagai persatuan yang ditaja Umno,” katanya dalam sidang media disini semalam.

Kawasan DUN Galas mempunyai taburan penduduk seramai 11,553 orang dan 61.63 peratus daripadanya adalah Melayu, manakala 20.08 peratus Cina, 1.6 peratus India, 0.9 peratus Bumiputera Sarawak dan 16.37 peratus masyarakat Orang Asli.

Selain itu, Khalid yang juga Lujnah Politik PAS Pusat, turut mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pada 4 November (Khamis) depan.

Beliau mendakwa penetapan tarikh tersebut merupakan helah Barisan Nasional (BN) menghalang pengundi, terutamanya yang berada di perantauan, daripada melakukan tanggungjawab mengundi.

“Keputusan ini tidak logok. Saya yakin BN berjaya mempengaruhi SPR supaya tetapkan tarikh pada hari Khamis supaya anak perantauan tidak pulang mengundi akibat komitmen kerja dan urusan lain.

“SPR sebagai badan bebas sepatutnya perlu menetapkan Sabtu (6 November) sebagai hari mengundi dan bukannya Khamis. Ini menunjukkan bahawa BN disebalik kata-kata angkuh, mereka sebenarnya tidak yakin boleh menang malah menyulitkan lagi pengundi daripada luar kawasan untuk pulang mengundi.

Difahamkan tarikh tersebut turut bercanggah dengan persidangan DUN Kelantan yang akan berlangsung pada 1 hingga 8 November depan.

Langkah terdesak Umno

Beliau turut mengkritik kebanyakan pemimpin Umno yang mendesak agar Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dicalonkan sebagai wakil BN semasa pilihanraya nanti.

 

READ MORE HERE.



Comments
Loading...