APA HAL TARIKH TUTUP PENCALONAN PEMILIHAN?
KENYATAAN MEDIA
Demi menegakan Demokrasi sejati saya, mencadangkan agar Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat melanjutkan tarikh tersebut sehingga 16hb Oktober 2010 sebagaimana diumumkan secara lisan sebelum ini.
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat adalah kemekaran demokrasi di Malaysia yang harus dicontohi di setiap peringkat.
Walau bagaimanapun saya merasai bahangan politik mengaburi setengah-tengah pihak dalam percubaan menegakan demokrasi sejati dalam pemilihan ini. Penetapan tarikh akhir Cabang untuk menghantar keputusan pencalonan secara rasmi iaitu 10bh Oktober 2010 kini menjadi spekulasi di peringkat akar umbi.
Demi menegakan Demokrasi sejati saya, mencadangkan agar Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat melanjutkan tarikh tersebut sehingga 16hb Oktober 2010 sebagaimana diumumkan secara lisan sebelum ini. Ini akan memberi peluang kepada cabang-cabang untuk memperbaiki masalah-masalah salah faham yang mungkin telah terjadi sebelum ini.
Selain dari itu, cadangan akar umbi seperti pencalonan YB Nurul Izzah untuk jawatan Timbalan Presiden Parti dan pemimpin lagi akan mendapat pertimbangan saksama sambil kita menegakan Demokrasi Sejati.
Saya juga menghargai segala usaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang bertungkus lumus untuk mempastikan pemilihan parti yang julung-julung kali dalam dalam Sejarah Malaysia berjalan lancar.
Bersama-sama kita berjuang menegakan Demokrasi Sejati.
Sekian.
Manikavasagam Sundaram
Ahli Parlimen Kapar
Calon Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat