KONSPIRASI UNTUK MENGHALANG NURUL IZZAH DARI BERTANDING SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN?


KENYATAAN AKHBAR

Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden.

Pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan. Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?

Kami mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi.

Lokman b. Uri

Ketua Cabang Semporna

Parti Keadilan Rakyat

Tel: 012 8644060

 



Comments
Loading...