PENOLAKKAN PENCALONAN NURUL IZZAH SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN


KENYATAAN AKHBAR

Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau DPP adalah tidak wajar dan kami kecewa.

Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya. Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.

Kami hanya mahu parti untuk menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti.

Untuk maklumat lanjutan, sila telefon saya di 019 4836705.

Terima kasih.

Steven Epay A/K Ganing

Ketua Cabang PKR Selangau

 



Comments
Loading...