Bukan di LIWAT lah BODOH! tapi dipaksa tandatangan SD..


By Anak Sungai Derhaka

Apabila Selangor Daily Dot Com menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk “Terkini: Satu Lagi Laporan Polis Salah Laku Seks Anwar” antara catatannya ialah “Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rasid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.”

Maka tanpa ingin tahu apakah benar kandungan artikel itu maka riuh rendahlah Bloger-bloger Pro-UMNO memainkan isu yang dipaparkan oleh Selangor Daily itu..

Berbagai-bagai tajuk bagi mensensasikan cerita itu disiarkan mereka, ada yang menulis “ Panas!! Laporan Polis Dibuat. Al-Juburi Meliwat Lagi!?.. ada yang memberikan tajuk “ Rashid membuat laporan Polis mendakwa dirinya diliwat Anwar…”

Dan ada juga cuba mengemparkan suasana dengan tajuk “GEMPAR! Satu Lagi Laporan Polis Salah Laku Seks Anwar!”

Apapun tajuk yang mereka cipta ianya hanyalah berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Selangor Daily.. entah dari mana mereka dapat berita itu entahlah..

Memang benar Rasid Rosdi, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat laporan Polis, tetapi laporan Polis itu dibuat bukannya kerana beliau diliwat sebagaimana yang didakwa oleh blog-blog Pro-UMNO itu.. Laporan Polis yang dibuat di IPD Shah Alam itu mendakwa dirinya dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah sama seperti Rahimi Osman yang didedahkan sebelum ini.

Malang buat penyokong-penyokong UMNO!! Blogger Pro UMNO ternyata BANGANG dan Tidak Faham Bahasa Melayu.. ‘Dipaksa menandatangani’ dan ‘DiLiwat’ itu adalah dua perkataan yang jauh berbeza.. Awat hangpa BODO sangat ni??

Cuba baca apa kata Rasid Rosdi sendiri..

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/bukan-di-liwat-lah-bodoh-tapi-dipaksa.html



Comments
Loading...