Skandal Pembinaan Istana Negara Baru


Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

By Anwar Ibrahim

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

 

B. PERIHAL SYARIKAT

  1. Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan  apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
  2. Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
  3. Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

 

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan  “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

 

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan
Bahagian VI
Pendaftaran Kontraktor
25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris
Part VI
Registration of Contractors
25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

  1. MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana  Negara
  2. MAYA MAJU SDN BHD

–          Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

–          Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

–          Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil  terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

–          Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd

–          Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.

 

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1.        Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,

2.        Dalam akhbar The Star  27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3.        Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan



Comments
Loading...