Apa yang tidak dibetulkan oleh Rancangan Transfomasi Ekonomi Malaysia: saluran pengagihan beras kita
By Lee Wee Tak
Saya selalu bertanya-tanya mengapakah kuasa beli serta taraf kehidupan Malaysia selalunya lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju. Memang amalan rasuah adalah salah satu sebabnya tetapi bagaimana pula dengan reka bentuk saluran agihan barangan kita? Patutkah pihak pentadbiran BN meneliti perkara ini dalam usahanya membuat transformasi ke atas ekonomi Malaysia?
Jika saluran agihan ini terlalu panjang, ia bermaksud terdapat lebih ramai orang tengah dan ini mengakibatkan para pengguna membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barangann.
Kawan saya daripada Jepun memberitahu saya bahawa sushi di Jepun jauh lebih sedap daripada apa yang terdapat di Malaysia kerana kualiti beras yang rendah di Malaysia, dan daripada pengalaman saya sendiri, saya dapati mutu nasi di Hong Kong juga lebih tinggi.
Oleh kerana hampir semua rakyat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka, saya mengambil keputusan membuat sedikit tinjauan dalam saluran agihan beras kita, dan usaha ini membawa saya ke Padiberas Nasional Berhad (“Bernas”).
Sumber: Laporan Tahunan dan Akaun Padiberas Nasional Berhad unutk tahun 2009
Syarikat ini berperanan besar dalam menjaminkan keutuhan sumber makanan rakyat Malaysia kerana ia bertanggungjawab dalam segala perkara yang berkenaan dengan beras kita termasuk subsidi, simpanan, pemasaran, perolehan, pengilangan dan sebagainya kecuali memasak nasi sahaja.
Menurut ucapan Pengerusinya dalam laporan tahunan 2009, Dato’ Wira Syed Abdul Jabbar Bin Syed Hassan menyatakan bahawa,
“Setelah melalui kemelut tersebut, saya dengan bangganya boleh menyatakan di sinib ahawa kami telah berjaya menjalankan tanggungjawab kami dengan baik sehinggakan
pada kemuncak krisis tersebut, BERNAS terpaksa melupakan objektif keuntungannya demi kepentingan negara; malahan BERNAS telah mencatatkan rekod kerugian pada tahun 2008. Selepas kemelut ini berjaya diatasi, apa yang pasti adalah – tanggungjawab kami telah dijalankan dengan baik.”
Hmmm…Dato Wira sendiri mengakui bahawa Bernas, sebuah syarikat di mana Menteri Kewangan memegang 1 Undi Khas yang berkuasa veto dan menguasai mutlak makanan utama rakyat Malaysia, mempunyai matlamat MENGAUT KEUNTUNGAN.
Oh ya, pengorbanan tahun 2008 telah dilaungkan tetapi selepas beberapa perenggan maka terdapat ulasan berikut,
“Saya juga amat berbangga untuk melaporkan bahawa keuntungan, perolehan dan jumlah jualan beras yang direkodkan dalam tahun 2009 adalah yang tertinggi semenjak penswastaan BERNAS.”
Wah, nampaknya apa yang telah dikorbankan, balasan kencang dikenakan pada tahun seterusnya. Harus kita menanya, adakah penswastaan ini perlu dan patut diadakan? Mengapakah rakyat Malaysia perlu membiayai keuntungan orang tengah yang berlebihan? Bukankah para pentadbir BN yang berkuasa di peringkat persekutuan yang berpengalaman lebih daripda 50 tahun boleh menjalankan operasi pengagihan beras tanpa orang tengah ini yang kena dibiayai oleh semua rakyat Malaysia?
Read more at: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2010/10/apa-yang-tidak-dibetulkan-oleh.html