ETP : Ekonomi Tempah Penyakit


Najib akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mementingkan hiburan semata. Kuala Lumpur, Langkawi dan banyak tempat lain lagi akan dijadikan kawasan ekstrem hiburan.

By From Vehicles to Life

Economy Transformation Programme (ETP) bertujuan mewujudkan satu perubahan drastik ekonomi dalam negara kita. Tujuannya agar ekonomi kita dapat berdaya saing dengan jiran-jiran kita seperti Singapura dan Indonesia.

Tapi apakah program ekonomi tersebut benar-benar berjaya? Apakah program tersebut akan membawa ekonomi kita dengan lebih dinamik sihat?

Lihat kenyataan ini :
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP
Sumber : Malaysiakini

Saya seorang Muslim. Memang dalam agama Islam melarang sama sekali mewujudkan kelab – kelab malam kerana khuatiri akhlak anak muda Islam akan hancur dan rosak sama sekali. Apakah agama lain juga tidak sedemikian? Biarlah rakan – rakan dari agama lain yang menjawapnya.

Najib akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mementingkan hiburan semata. Kuala Lumpur, Langkawi dan banyak tempat lain lagi akan dijadikan kawasan ekstrem hiburan. Ya, bagi setengah orang pasti ianya akan menyokong. Tapi jika kita sering kecoh mengenai kes buang bayi, moral pelajar sekolah rendah dan bermacam-macam lagi, inilah punca segalanya. Hiburan melampau mengundang rosaknya akhlak remaja.

Tanya pada diri kita khasnya ibubapa, mahukah anda melihat anak-anak kita terlibat dengan gejala tidak sihat ini? Bohong kalau Najib kata orang Islam tidak boleh masuk disko. Bohong Najib kata kita akan buat penguatkuasaan ketat. Bohong. Semuanya bohong. Lihat Genting. Berapa ramai orang Islam telah masuk ke dalam kasino tersebut.

Read more at: http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/10/etp-ekonomi-tempah-penyakit.html



Comments
Loading...