DAP Justice Reform Group
By Shen Yee Aun
Mungkin ramai yang masih mendengar tentang kumpulan Justice Reform Group DAP di Selangor. Kumpulan ini mula ditubuhkan secara sulit setelah saudara Tee Boon Hock yang merupakan seorang veteran DAP yang telah setia kepada perjuangan parti DAP selama 26 tahun dipecat keahliannya dengan percaturan politik yang dicaturkan oleh beberapa pemimpin DAP yang berpengaruh.
Mereka telah silap bersuntzu dalam menangani isu ini apabila mereka hendak mengaplikasi strategi Sun Tzu untuk memancung seekor kepala demi memberi amaran kepada yang lain dan akhirnya menghapuskan kuasa dan pengaruh saudara Tee Boon Hock sekaligus.
Strategi Sun Tzu ini telah memakan diri mereka apabila mereka lupa ada terdapat juga strategi Sun Tzu yang mengatakan bahawa “ Never Confront An Opponent That Got Nothing To Lose “ . Sebab itu Sun Tzu tidak akan menyerang tawanan perang yang sudah kalah dalam peperangan. Sun Tzu akan melepaskan mereka untuk berlari dan serang dari belakang pada masa dan waktu yang sesuai.
Sebab itu mereka sepatutnya menggantung keahlian saudara Tee Boon Hock terlebih dahulu. Kemudian baharu tunggu masa yang sesuai atau selepas memenangi pilihan raya negeri terlebih dahulu baharu mencari kesilpan Tee Boon Hock yang lain untuk memecatnya sekaligus.
Stategi memancung orang hanya boleh digunakan apabila seseorang pemimpin itu benar – benar sangat berkuasa. Sebab itu apabila Tun Mahathir memancung orang ramai yang takut dan diam dan ketika Pak Lah memancung orang ramai yang bangkit menentang. Tun Mahathir juga tidak akan memancung sesiapa pada ketika dan waktu ketika pengaruhnya paling minima. Sebab itu ketika Tun Mahathir meluluskan usul bahawa Sultan boleh dihadapkan ke mahkamah adalah ketika Tun Mahathir paling berpengaruh pada ketika itu.
Sebab itu setelah saudara Tee Boon Hock dipecat sahaja kuasa dan pengaruhnya bertambah sebanyak 50% atau mungkin lebih daripada itu. Sebelum ini Tee Boon Hock hanya berkuasa di Klang tetapi isu ini telah menjadi faktor simpati, kemarahan dan perpaduan antara Tee Boon Hock dengan bahagian lain di Selangor. Realitinya bukan semua bahagian berpihak kepada Tee Boon Hock tetapi mereka sehaluan dala memusuhi beberapa pemimpin di Selangor.
Akhirnya cawangan demi cawangan turun ke Klang untuk berjumpa dengan saudara Tee Boon Hock untuk memberi mesej tanda simpati mereka dan juga meluahkan perasaan tidak puas hati serta masalah mereka yang tersendiri yang secara tidak langsung mencetuskan kepada kewujudan dan kebangkitan serta kelahiran DAP Justice Reform Group.
Banyak yang tidak mengetahui tentang sejarah kewujudan kumpulan ini akan beranggapan bahawa saudara Teng Chang Khim yang mendalangi atau yang mengetuai kepada pergerakan ini. Realitinya tidak sedemikian. Saudara Teng Chang Khim memiliki pengaruh yang amat terhad di Selangor. Sebab itu sudah bertahun – tahun menjadi pemimpin senior di Selangor masih tidak diberi mandat dan peranan yang penting dalam kepimpinan DAP Selangor.
Pengasas dan pencetus kepada kumpulan ini adalah saudara Tee Boon Hock. Teng Chang Khim cuma merupakan seorang pemimpin yang memenuhi kriteria dan kelayakan seorang pemimpin di Selangor untuk mengetuai kumpulan ini. Jika Tee Boon Hock memilih untuk tidak berpihak kepada Teng Chang Khim maka Teng Chang Khim juga tidak akan berjaya menembusi kepimpinan DAP Selangor dengan mudah. Segala keputusan , kuasa dan berpengaruh terletak pada pemilihan Tee Boon Hock.
Read more at: http://politik.shenyeeaun.com/?p=214