Menara Tertinggi? Binalah Atas Gunung Kinabalu!
Tidak, kita tidak perlu bermegah-megah dengan kecenderungan kepada megalomanic. Kita perlu melihat kepada keperluan semasa dan keutamaan ketika negara semakin hilang arah tujunya dipimpin oleh sebuah rejim yang mabuk kuasa bertunjangkan amalan pemerintahan strategi purba iaitu pecah dan perintah sebagai alat.
Tidak, kita tidak mampu menanggung sebuah lagi menara kuasa.
A REPUBLIC OF VIRTUE
Dr. Azly Rahman
(translated by Anonymous, from the English version)
Di sini adalah sebuah petikan daripada kempen Facebook kempen, kini mencecah hampir 160,000 orang ahli, menolak cadangan Menara Warisan cadangan:
“Rakyat Malaysia mengatakan TAK NAK kepada Menara Warisan 100-tingkat yang memakan kos RM5,000,000,000 yang dicadangkan oleh PM Najib Razak dalam Bajet 2011. … rakyat Malaysia mengatakan TIDAK untuk Mega Tower 100 tingkat bernilai RM5 billion cadangan PM Najib dalam bajet 2011. Malaysia perlu pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik, pengangkutan awam yang lebih baik, kejiranan yang selamat, air yang lebih bersih, tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlu satu lagi gajah putih!…
“Malaysia perlukan pendidikan, perubatan dan pengangkutan awam yang lebih baik, jiran-tetangga yang lebih selamat, air yang lebih bersih, dan bukannya bangunan yang lebih tinggi. … Kita tidak perlukan seekor lagi gajah putih yang membazirkan wang rakyat jelata. … Wahai, saudara-saudari warga Malaysia sekalian, biar kita bersatu tak mengira kaum, agama, budaya, bahasa, pendirian politik, geografi atau kelas. Biar kita bersatu dan membela nasib endiri. Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Saya mula merasakan isu ini akan menyumbang kepada kejatuhan rejim masa kini Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Ia seolah-olah pertunjukkan terakhir BN kepada megalomania ini menggambarkan bahawa kebanggaan terhadap kebesaran menjadi satu titik tolak bagi rakyat yang keletihan berjuang untuk meneruskan kehidupan sedangkan perompak-perompak bangsawan merompak, bersantap dan minum wain.
Isu itu bagaimanapun, untuk kepentingan pembangunan dan bergantung kepada cadangan dan tujuan pembinaan menara itu. Ia adalah persoalan ekonomi politik dan fahaman pembangunan semiotik.
Walaupun nama “Warisan” mengundang persoalan terhadap sejarah sahih Malaysia dan mengingatkan saya kepada lagu propaganda “Warisan” (Anak kecil main api …)yang digunapakai indoktrinasi Biro Tata Negara untuk melahirkan golongan pak turut dan pak angguk sepenuhnya dan mental warganegara ini telah dijinakkan terutama di kalangan kakitangan awam.
Mega menara dan kebanggaan bodoh
Saya menulis ini di status Facebook saya apabila saya membaca tentang cadangan pembinaan itu.
Menara-menara yang tinggi tidak melambangkan kemajuan. Jika kerajaan Malaysia berkeras mengatakan sebaliknya, letakkan dua pencungkil gigi di atas Menara Berkembar Petronas menjadikan bangunan paling tinggi di Malaysia ini, lebih tinggi daripada menara-menara berkembar sebelumnya. Malaysia kemudian boleh dikenali sebagai Toothpick Capital di dunia.
Atau – satu cara lebih murah tetapi lebih hebat, seperti saranan seorang kenalan di Facebook, ialah dengan membina dua menara tertinggi di atas Gunung Kinabalu.
Kerajaan memerintah sebenarnya menderita komplikasi yang digelar kebanggaan bodoh; gah hebat dari luar tetapi menginjak-injak demokrasi di dalam. Saya melihat ianya imej penindas yang sedang tersenyum manakala askar dengan but tenteranya memijak di setiap kepala rakyat yang menjerit kesakitan sambil terbaring di atas tanah.
Ini ialah imej bagaimana negara memberikan respons kepada persoalan lima bilion ringgit: Menara Warisan Tower, dicadangkan sebagai sebuah lagi megalomanic projek untuk meningkatkan ego mereka yang tidak dapat menerima untuk mengalami satu perubahan pemerintahan.
Daripada membaiki sistem pendidikan, membantu kemiskinan di timur Malaysia, kemiskinan di mana-mana secara umum, kemerosotan alam sekitar, meningkatkan perhubungan kaum, membaiki badan kehakiman, mengatasi jenayah dengan menanamkan etika dalam penguatkuasaan undang-undang, memberi bantuan kewangan pendidikan kepada SEMUA rakyat Malaysia yang berhak, memfokuskan agenda pembanguna hanya kepada pembinaan lebih banyak menara-menara, istana-istana, projek-projek hartanah yang tidak berguna , dan menterjemahkan dasar-dasar pembangunan seperti ini menunjukkan ia datang daripada pemahaman yang sangat lemah takrifan pembangunan.
Ini berlaku dalam permodenan ultra sistem pertahanan negara kita sendiri. Kita langsung tidak perlu ‘modenkan pasukan bersenjata’ – musuh berada di dalam negara, di kalangan ahli politik yang korup dan perompak-perompak bangsawan, bukan di luar di kalangan negara-negara Asean masing-masing mempunyai masalah dalaman sendiri.
Dalam sejarah ketamadunan manusia, mendirikan struktur-struktur yang tinggi ada di dalam persoalan menang dan yang kalah dalam sejarah dan megalomanic raja-raja.Memuji diktaktor-diktaktor, pengorbanan rakyat jelata
Dari seni bina purba melambangkan kuasa seperti piramid Gizza, kuil-kuil Incas dan Mayans, Taman Tergantung Babylon, Tembok Besar China, Collosus of Rhodes , dan banyak lagi – semua ini adalah untuk memuji-muji diktaktor dan melibatkan pengorbanan rakyat jelata. Berjuta-juta yang tidak dikenali telah meninggal dalam manakala nama-nama seperti Ramses, Shah Jehan, Shih Huang-Ti , dan Nebuchadnezzar terus diingati di atas kemasyhuran atau kekejaman mereka.
Dalam sejarah tamadun pasca moden, pembinaan struktur-struktur paling tinggi telah menjadi satu perlumbaan untuk kebanggaan bodoh dan kegilaan. Eiffel Tower, bangunan Empire State, Sears Tower ,Menara Berkembar Petronas, Xujjahui di China, International Commerce Centre di Hong Kong, Shanghai World Financial Centre, Taipei 101, Burj Khalifa , dan cadangan Lotte World II – semua ini adalah simbol-simbol kebanggaan bodoh bagi dunia kapitalis dan sosialis.
Jauh di bawah menara-menara ini ada populasi penduduk yang dikelaskan dalam perbezaan ketara antara orang berada dan miskin , dan mereka ini tinggal mereput di kawasan-kawasan setinggan bandar.
Tidak, kita tidak perlu bermegah-megah dengan kecenderungan kepada megalomanic. Kita perlu melihat kepada keperluan semasa dan keutamaan ketika negara semakin hilang arah tujunya dipimpin oleh sebuah rejim yang mabuk kuasa bertunjangkan amalan pemerintahan strategi purba iaitu pecah dan perintah sebagai alat.
Tidak, kita tidak mampu menanggung sebuah lagi menara kuasa.
OUR USUAL REMINDER, FOLKS:
While the opinion in the article is mine,
the comments are yours;
present them rationally and ethically.
AND — ABOLISH THE ISA — NOW!
facebook: http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=689079971