Nasihat Kepada Lim Kit Siang , Lim Guan Eng dan Au Yong Hian Wah


By Shen Yee Aun

Saya tidak faham mengapa anda memilih pelbagai strategi yang tidak berkesan. Jika sebelum pemilihan di Petaling Jaya, Klang, Puchong dan Kuala Langat strategi anda untuk bertemu dengan delegasi dan juga mengadakan jamuan makan kepada mereka sudah membuktikan strategi ini tidak berkesan apabila keputusan AGM di bahagian tersebut tidak menyebelahi anda.

Anda sekali lagi menggunakan strategi yang sama untuk berdepan dengan pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 28 November ini. Saya mendapat khabar daripada Setiausaha Taman Gembira Klang bahawa Au Yong menghubunginya untuk menguruskan satu perjumpaan dengan delegasi Klang. Strategi ini adalah strategi yang sama digunakan sebelum ini namun pasukan anda tetap kalah 100% dalam pemilihan baru – baru ini.
Ingat mesej kita kepada rakyat ? Barisan Nasional bagi apa kita ambil namun undi tetap kepada Pakatan Rakyat. Teori ini juga akan sama berlaku. Anda hanya akan terus membazir wang dan masa sahaja. Mereka sememangnya sudah merupakan penyokong setia Tee Boon Hock dan sanggup mati dan lakukan apa sahaja deminya. Anda tidak mampu mengubah apa – apa jika sekalipun semua delegasi hadir pada hari itu. Akhirnya mereka akan makan percuma dan anda akan hilang wang dan undi seperti mana 100 bah kut teh yang dibelanja namun undi maksima hanya 46.

Anda rajin. Anda tidak berputus asa. Anda berani mencuba. Bagus.

Realitinya dalam politik anda perlu tahu “  sometimes is not about working hard but working smart” and “sometimes doing one thing is better than a million things”.  Usaha yang baik sahaja tidak memadai dalam politik dan ada kalanya anda hanya perlu usaha dan tindakan yang bijak dan tepat. Kita tidak memerlukan beratus – ratus peluru untuk membunuh seorang tetapi ada kalanya hanya satu peluru yang ditembak tepat pada tempatnya.
Ada kalanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah anda perlu mengesan punca penyakit yang tepat. Jangan tersilap beri ubat. Jika tersilap beri ubat dan masih tidak berkesan maka ubat yang lain pula yang perlu cuba digunakan. Jangan asyik guna ubat yang sama jika kesannya tidak berubah.  Anda perlu menjadi seorang doktor yang baik dan bukannya doktor yang statik.

Thomas Edison gagal dalam 10 000 percubannya untuk mencipta mentol namun beliau tidak pernah menggunakan cara yang sama dalam setiap percubannya apabila setiap percubannya gagal.

Jika sebelum ini anda merasakan punca masalah adalah Ronnie Liu dan Lee Kee Hiong maka anda keluar berkempen bahawa kumpulan anda tidak akan menyokong mereka dalam pemilhan kali ini tetap berakhir tetap keputusan yang tidak menyebelahi pihak anda dalam pemilihan beberapa bahagian yang baharu selesai berlangsung. Sehubungan itu , sudah jelas terbukti bahawa mereka bukan lagi punca utamanya.

Anda boleh keluar mengumumkan bahawa anda tidak menyokong mereka berjuta kali pun kesannya tetap tidak akan berubah kerana keputusannya sudah memberi mesej yang jelas kepada anda.

Analisis saya adalah punca utamanya adalah faktor simpati dan pengaruh saudara Tee Boon Hock. Pertama anda sudah tersilap apabila memilih untuk menyerang Tee Boon Hock yang membangkitkan lagi kemarahan orang ramai. Kedua anda sepatutnya berunding dengan Tee Boon Hock supaya keahlian dapat dikembalikan semula.

Pada pandangan peribadi saya ini merupakan keadah yang terbaik daripada asyik membuang masa , tenaga dan wang dengan kempen yang tidak dinamik dan statik. Politikus yang bijak akan bijak menyesuaikan diri dan berubah mengikut keadaan.

Saya sedar sekirannya Tee Boon Hock dikembalikan keahliannya maka DAP akan menanggung malu dan imej serta kredibiliti akan terjejas. Namun ada kalanya juga kita mesti menganalisis dan mengira dengan lepat mendalam. Dalam keadaan tertentu we need to find “  the best among the worst solution “.  Ada kalanya juga dalam permainan catur kita perlu mengorbankan beberapa buah catur demi mencapai matlamat akhir iaitu untuk “checkmate”.

Anda cuba fikir – fikirkan tentang analisis saya. Sekirannya Tee Boon Hock dikembalikan maka keseluruhan Justice Reform Group sudah kehilangan pengasas dan ketua mereka. Kedua mereka sudah hilang tujuan dan matlamat penubuhan kumpulan ini. Ketiga tiada lagi faktor simpati dan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli. Keempat hanya dengan 23 cawangan yang dikuasai oleh Tee Boon Hock di Klang sudah cukup untuk meletakkan anda untuk memenangi pilihan raya ini dengan selesa.

Read more at: http://newdap.wordpress.com/2010/10/30/nasihat-kepada-lim-kit-siang-lim-guan-eng-dan-au-yong-hian-wah%E2%80%8F/



Comments
Loading...