UMNO tak perlu sokongan bukan Melayu?


Aspan Alias

Samy Velu, Presiden MIC sekarang marah-marah dengan pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Johari Abd Ghani yang menyatakan UMNO Bahagiannya tidak perlu sokongan bukan Melayu kerana Titiwangsa mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Orang ramai yang mendengar kata-kata Johari ini tentunya akan menggeleng kepala kerana Johari masih ingat UMNO itu masih kuat tanpa menyedari yang pengundi-pengundi Titiwangsa telah memberikan mandat kepada PAS untuk mewakili mereka diDewan Parlimen Malaysia.

Samy Velu memberikan reaksi dengan marah-marah dan berkata UMNO akan menghadapi risiko untuk dikalahkan oleh pembangkang di70 kawasan jika bukan Melayu mengambil keputusan untuk tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun Johari berucap didalam ‘function’ yang ‘private’ kata-kata ini melambangkan yang beliau tidak mempunyai ‘sensitivity’ yang betul dalam politik tanah air.

Dr Mahathir pernah mengalami kekalahan dikwasan Kota Setar pada 1969 apabila pengundi-pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi PAS yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS semasa itu Tuan Hj Yusuf Rawa. Orang Cina telah mengambil keputusan untuk membelakangkan Dr Mahathir kerana Dr M membayangkan yang beliau tidak perlukan sokongan kaum Cina disana untuk menang.

Perbilangan orang Melayu ada berkata, ‘telajak perahu boleh berundur, telajak kata binasa badan’. Adalah lebih molek untuk parti jika Johari memberikan kepimpinan itu kepada orang lain kalau kehadziran beliau boleh membawa padah kepada UMNO.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...