Aziz akan menang, insyaallah


Aspan Alias

Kita tidak mendahlui Tuhan, tetapi jika kita gunakan hukum akal anugerahNya calun UMNO yang didukung oleh Tengku Razaleigh (TR), Encik Aziz Yusuf akan memenangi PRK DUN Galas pada 4hb. yang akan datang. Jika Tuhan mengizinkan YB Aziz akan berusaha untuk melalsanakan tanggungjawab sebagai wakil pengundi Galas diDewan Undangan Negeri Kelantan dengan sepenuh hati bagi membela nasib rakyat yang tinggal diDUN Galas.

Aziz adalah seorang anak tempatan yang berkhidmat dengan KESEDAR dan beliau merupakan calun yang sangat sesuai untuk mewkili rakyat Galas kerana ‘familiarity’ beliau dengan keadaan setempat. Sifat beliau sebagai seorang yang merendah diri dan seorang yang bertenaga masih muda Aziz pemilihan Aziz itu merupakan pilihan yang tepat dan secocok dengan cita rasa rakyat tempatan.

Sentuhan TR sangat memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Aziz dan dibantu pula dengan sifat rendah diri Aziz yang mudah bergaul dengan masyarakat membuatkan pengundi Galas jelas kembali kepada kita dan memberikan dukungan kepada Aziz, insyaallah. Dalam pilihanraya kali ini TR membuat gerakkan kempen yang sangat bersih; tidak mengajak sesiapa berkelahi malahan penyokong PAS tidak pernah mendapat tempelak dari pemimpin ini dalam siri kempen pilihanraya kecil ini.

“It is a friendly game” kata seorang sahabat saya, seorang peguam berbangsa Cina yang telah pergi keGua Musang semata-mata untuk membantu parti TR (maksudnya UMNO) walaupun beliau tidak mengenali TR. Beliau berkata yang beliau nampak penambahan sokongan kaum Cina terhadap Aziz apatah lagi selepas TR berjaya mendapatkan projek perumahan untuk rakyat Galas yang baru-baru ini dilancarkan diGua Musang. TR telah berusaha untuk mendapatkan projek ini sejak tahun 2008 dan akhirnya TR mendapat kelulusan dari kerajaan pusat.

TR sangat berpuas hati kerana dengan projek ini maka beliau telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal dalam DUN Galas ini yang kekurangan kemudahan perumahan. Rakyat disana hanya membayar RM40,000 bagi rumah yang berharga melebihi RM100,000 itu. Komitmen TR untuk rakyat Gua Musang yang beliau bela sejak 40 tahun dahulu tidak pernah berhenti.

Gua Musang, jika mendapat sokongan dari kerajaan pusat dan jika dibantu pula oleh kerajaan negeri merupakan kawasan yang mudah membangun. Kedudukkan ‘geography’nya yang strtegik merupakan elemen terpenting yang boleh membangunkan kawasan ini sejak ‘network’ jalanraya dan lebuhraya menuju keKota Baru melalui Gua Musang ini dipertingkatkan.

Gua Musang boleh dihubungi melalui darat keTrengganu, Utara Perak dan Selatan Kedah serta mempunyai jalanraya yang baik mengubungi K Lumpur melalui K. Lipis, Raub dan Bentong. Perjalanan dari Gua Musang keKuala Lupur hanya memakan masa selama 3 setengah jam sahaja sekarang ini. Kedudukkannya yang ‘Central’ menjadikan kawasan ini yang dahulunya jauh terpencil akan menjadi kawasan yang akan maju dan membangun dengan mudah.

Apabila Gua Musang sudah mencapai kemajuan yang pesat tidak berapa lama lagi saya merasakan Gua Musang boleh dijadikan Ibu Negeri Kelantan kerana kedudukkannya yang begitu strtegik.

Nampaknya TR menggunakan pendekatan yang sangat berbeza dengan PRK yang lain-lain sebelum ini. Dalam siri kempen ini TR mendekati rakyat pengundi dengan meneruskan interaksi manusia dengan manusianya dengan baik. Tidak ada pihak UMNO Bahagian Gua Musang yang menempelak PAS secara terbuka kerana TR percaya dengan demokrasi tulin. Bagi beliau memenangi pilihanraya dengan cara yang kotor bukan sikapnya. TR menekankan cara kemenangan yang paling unggul ialah dengan bukti kepimpinan dan kerelevanan batang tubuh kepimpinan masing-masing.

Itulah sebabnya pengempen-pengempen dari luar kawasan itu tidak dapat berbuat apa yang selalu mereka lakukan dalam PRK-PRK yang lalu dibanyak tempat sebelum ini. TR telah bergelumang sejak awal enam puluhan lagi dikawasan ini dan untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang relevan bukannya satu usaha yang mudah. Beliau terpaksa mengorbankan segala-galanya bukan sahaja diGua Musang malahan diSeluruh negeri Kelantan kerana semasa itu tidak ada sesiapa yang sanggup menerima cabaran untuk menghidupkan UMNO diKelantan.

Insyaallah Aziz akan mendapat mandat kali ini dan saya hanya mengharapkan beliau akan dikurniakan kesihatan tubuh badan dan pemikiran yang baik untuk menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat Galas diDewan Undangan Negeri Kelantan selepas 4hb yang akan datang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...