Sampai Bila Mahu Begini? – Skandal ‘PKFZ-like’ Dalam Bikinan – Ketua Audit Negara.
Laporan Ketua Aduit Negara (KAN) 2009 lewat dibentangkan kali ini. Selalu ia mendahului atau bersekali dengan Bajet. Apa jua disebalik muslihat PM Najib membentangkannya kemudian termasuk ianya tidak mahu membayangi Bajet atau Program Peralehan Ekonomi (ETP)nya, yang pasti ia tidak mengizinkan Ahli Parlimen menggunakan fakta dan maklumat laporan audit dalam perbahasan Bajet 2011.
Walau apa pun, buat kesekian kalinya, Laporan Ketua Audit Negara terus mendedahkan bahawa pentadbiran dan pengurusan kerajaan ini masih belum bebas dengan kepincangan, ketirisan bahkan kebocoran akibat ketidakatuhan, penyalahgunaan kuasa atau paling parah lagi rasuah. Ini melibatkan Kementerian-kementerian Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan, agensi-agensi dan badan-badan berkanun.
Yang paling penting bagi rakyat umum ialah ’Apakah negara ini lebih baik sekarang atau lebih parah lagi dari laporan audit sebelumnya? Di semua segi khususnya pengurusan perbendaharaan dan wang rakyat dari pelbagai cukai langsung seperti pendapatan, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dsbnya. Rakyat ingin tahu. Laporan Audit Negara menceritakan kesemua.
Secara tidak langsung pula umum mengetahui bagaimana tanggapan dunia erhadap prestasi negara dalam hal ini. Contoh ukuran adalah menggunakan kajian oleh pihak antarabangsa contohnya Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Terkini, mengikut dapatan Transparency International (TI-Malaysia), Malaysia mengalami penurunan markah CPI dari 4.5/10 turun 4.4/10. Markah penuh ialah 10 dan 0 paling marah. Kedudukan negara kini tetap pada tangga 56/178.
Laporan Ketua Audit Negara 2009
Disamping menggegarkan rakyat dengan hutang awam ke paras RM362.39 bilion atau bersamaan dengan RM 53.7% KDNK, Laporan Ketua Audit Negara terus membariskan pelbagai kepincangan dan keitirisan. Yang baik ada, samada di Pusat mahupun negeri. Pencapaian-pancapaian itu semua mungkin perlu diiktiraf. Itu memang sepatutnya maka tidak perlu disanjungi sangat. Ya, mereka perlu dicontohi. Namun ia bukan tajuk penulisan ini.
Yang buruk, jelek dan bobrok tidak reda dan masih menebal. Terlalu kelaziman sehingga terbudaya. Ini yang paling ditakuti pemimpin di semua peringkat.
Kalau Laporan Audit Negara dalam 2005 pernah mendedahkan tentang kepincangan awal PKFZ, kini ada satu kes persis PKFZ 2.0. Amat malang ketika didedahkan tentang PKFZ dahulu tidak ada siapa pimpinan kerajaan pun mahu bertindak. Pembangkang memekik macam nak keluar anak tekak seperti veteran YB Lim Kit Siang. Baru-baru ini sahaja semuanya terlondeh, setelah hilang berbilion RM.