Semakin ramai Melayu di dunia mengikut takrif M’sia


Kalau Al-Quran terbuka untuk diperdebat dan dibincang, kenapa tidak hak-hak orang Melayu? 

By Azmi Anuar (CPI)

“Henti persoal Melayu” kata Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak semasa menggulung perbahasan perhimpunan agung Umno. Hanya Umno yang serius pertahan hak Melayu, kata sebuah kumpulan NGO tentang ucapan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin di perhimpunan yang sama. Nampaknya parti pemerintah sahajalah yang boleh dipercayai dan diyakini untuk membimbing orang Melayu ke ambang kejayaan jika dilihat daripada ucapan-ucapan para pemimpin mereka.

Cuba kita perhatikan pula persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah Anwar dalam jemputannya kepada Perkasa untuk berdebat tentang hak-hak orang Melayu. Nurul juga telah menulis lagi dan memperjelaskan tentang isu yang sama setelah beberapa tuduhan dan laporan polis dibuat terhadapnya berhubung dengan pendiriannya. Di akhir tulisannya, dia menekankan bahawa dia hanya mahukan penjelasan dan penyelesaian; bukan mencabar atau hendak mengubah perlembagaan negara.

Parti pemerntah sering menyatakan bahawa terdapat satu ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui oleh para pemimpin tanah air ketika negara mencapai kemerdekaan, Mana kontrak itu?

Kenapa rakyat tidak boleh mempersoalkan hak-hak mereka? Apa yang hendak disembunyikan, apa yang perlu diselindung? Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan atau ditakuti.

Hak yang termaktub seperti kata Perdana Menteri tidak akan dapat diubah sewenang-wenangnya kerana sebarang perubahan perlukan persetujuan raja-raja Melayu. Kita semua sedia maklum raja-raja Melayu sudah tentu tidak akan membenarkan hak-hak orang Melayu dihapuskan begitu sahaja. Tambahan pula, raja-raja Melayu tentu sudah mendapat pandangan dan nasihat daripada semua yang berkepentingan.

Read more at: http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2057:semakin-ramai-melayu-di-dunia-mengikut-takrif-msia-&catid=234:azmi-anuar&Itemid=156

 



Comments
Loading...