Demi Malaysia, Haris Ibrahim Patut Membantu Zaid Ibrahim Perlu Mengetuai Kuasa Ketiga


Oleh Shen Yee Aun

Jika kuasa utama iaitu Barisan Nasional suka melaungkan tentang transformasi, pembangunan dan juga perjuangan pra kemerdekaan yang membina negara ini maka kuasa penyimbang iaitu Pakatan Rakyat pula melaungkan tentang Reformasi dan Keadilan.

Kuasa ketiga pula tampil ke hadapan untuk melaungkan demokrasi, liberalisasi dan hak asasi rakyat.

Saya juga terbaca artikel yang ditulis oleh Kua Kia Soong yang menyoal apa yang boleh ditawarkan oleh kuasa ketiga ? Apa yang ada dalam kuasa ketiga ini yang membezakan mereka pilihan yang lebih baik berbanding Pakatan Rakyat ?

Jawapannya cukup mudah. Bukan sesiapa yang berhak mengukur siapa dan apa yang lebih baik. Segalanya kembali kepada rakyat untuk memilih dan menentukannya.

Kita perlukan kepelbagaian politik dalam menyuburkan proses demokrasi Malaysia. Pilihan kita tidak sepatutnya terhad kepada 2 entiti sahaja semata – mata.

Kita perlu sedari hakikat bahwa ideology dan perjuangan yang membeza akan mendapat sokongan dan tentangan yang berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Secara realistiknya sememangnya kuasa ketiga tidak akan berkuasa dalam sedekah ini. Hal ini disebabkan keterbukaan ideology dan perjuangan tokoh – tokoh yang diramalkan bakal mengetuai barisan ini terdiri daripada Zaid Ibrahim , Raja Petra dan Haris Ibrahim yang dianggap terlalu terbuka dan liberal perjuangan mereka.

Resipi perjuangan sebegini hanya akan menjadi pilihan dalam kalangan generasi muda yang semakin berpendidkan dan terbuka pandangan dunia mereka.

Namun , sebagai permulaan mereka sepatutnya memulakan kuasa ketiga ini terlebih dahulu. Sekirannya keadaan terkini tidak mendapat sambutan tidak sepatutnya menjadi isu. Pakatan Rakyat selepas berjuang 44 tahun baharu ada landskap politik hari ini yang tidak pernah diduga.

Kita tidak mahu proses demoraksi di Malaysia hanya dimonopoli oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sahaja. Kita tidak sepatutnya sempitkan pilihan politik di Malaysia.

Read more at: http://politik.shenyeeaun.com/?p=276



Comments
Loading...