Kami Letak Jawatan….
By Anak Sungai Derhaka
Ini adalah tindakan susulan yang telah diambil oleh seluruh AJK PKR Cabang Kuala Nerus setelah melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin yang dikatakan sengaja mengkhianati mereka.
Sebelum ini mereka telah mendakwa Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail telah mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP.sepenuhnya sila baca di SINI
Mereka-mereka ini bukanlah Barua-barua UMNO atau telah dibeli oleh UMNO tetapi Ahli-ahli PKR yang kecewa…
Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/11/kami-letak-jawatan.html#more