Why PKR faces the same problems as Umno (UPDATED with BM and Chinese Translation)


I have said this before and I will say it again. PKR has to break out of the Umno mould. It must not be structured the way Umno is and function the way Umno does. Think out of the box. Try doing things differently.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Anwar Ibrahim: A Superb Campaigner but…” said Terence Netto, which was published in Din Merican’s Blog.  You can read the full article here: http://dinmerican.wordpress.com/2010/11/16/anwar-ibrahim-a-superb-campaigner-but/

No, I am not going to whack Anwar. This article is not about personalities. I am going to talk about systems and structures. And today’s article is going to be a very short piece, not my normal cheong hei type of article.

As what I have already said before, which means I am repeating myself, PKR is structured along the lines of Umno. The party positions and functions duplicate Umno. PKR is almost a carbon copy of Umno.

I have said this before and I will say it again. PKR has to break out of the Umno mould. It must not be structured the way Umno is and function the way Umno does. Think out of the box. Try doing things differently.

One issue that needs addressing is the top leadership of the party. Why have a president, deputy president, 3-7 vice presidents, youth leader, women’s wing leader and whatnot?

PKR should consider amending its constitution and change its party structure. Abolish the Umno-type structure. For example, dump all those many top positions. No need for a deputy president, 3-7 vice presidents, youth leader, women’s wing leader and whatnot. Just have two positions. One, party leader, and another, party president.

The party leader will handle all the politics of the party. If the party gets to form the federal government then the party leader becomes the prime minister of the country. And the party president runs all party matters, which will include all the administrative matters.

The party leader and party president are positions that are contested. But only these two positions will be contested. Then the party leader and party president appoint their team. And each will serve for just two years before new elections are called. And the elections for party leader and party president are alternated, not both in the same year.

There are no other party contests. This way the members choose their party leader and party president and leave it to them to appoint their team. So, there will be no mad scramble for the so many positions, like now.

Because PKR is structured just like Umno, it also shares the same illness that Umno faces. And the internal party elections become more important than the general elections. And this also means that their own party members/leaders are considered worse enemies than those from the opposing party — in this case Umno and Barisan Nasional.

That is all I want to say today. And if PKR was not structured just like Umno, today, it would not be facing the same problems that Umno is facing.

I repeat. Just have one leader, not so many like in Umno. And just have a president to run the party — while the leader handles the politics plus the strategies and campaigns involved.

 

———————————————-

 

Sebab PKR menghadapi masalah yang sama seperti UMNO

Translated by: Si Manis Amni

Saya pernah memperkatakan tentang hal ni sebelum ini dan saya akan memperkatakannya lagi. PKR harus keluar dari acuan UMNO. Struktur dan fungsinya tidak boleh sama seperti UMNO. Berfikirlah di luar kotak. Lakukanlah pembaharuan.


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

“Anwar Ibrahim: A Superb Campaigner but…” kata Terence Netto, yang diterbitkan di blog Din Merican. Anda dapat membaca keseluruhan artikel itu di sini: http://dinmerican.wordpress.com/2010/11/16/anwar-ibrahim-a-superb-campaigner-but/

Tak, saya bukannya nak hentam Anwar. Artikel ni bukan tentang keperibadian. Saya akan bercakap tentang sistem dan struktur. Artikel hari ni pendek saja, bukan macam artikel biasa saya yang cheong hei.

Seperti yang pernah saya cakap dulu, yang bermakna saya mengulang-ulang pula, struktur PKR seakan struktur UMNO. Jawatan dalam parti dan fungsinya adalah sama seperti UMNO. PKR semacam salinan karbon UMNO.

Saya pernah memperkatakan tentang hal ni sebelum ni dan saya akan memperkatakannya lagi. PKR harus keluar dari acuan UMNO. Struktur dan fungsinya tidak boleh sama seperti UMNO. Berfikirlah di luar kotak. Lakukanlah pembaharuan.

Salah satu isu yang perlu ditangani adalah kepemimpinan atasan parti. Mengapa perlu ada presiden, timbalan presiden, 3 – 7 naib presiden, pemimpin pemuda, pemimpin sayap wanita dan lain-lain lagi?

PKR harus mempertimbangkan bagi meminda perlembagaan dan mengubah strukturnya. Hapuskan struktur seakan UMNO tu. Misalnya, hapuskan semua jawatan tertinggi parti tu. Tak perlulah ada timbalan presiden, 3 – 7 naib presiden, pemimpin pemuda, pemimpin sayap wanita dan lain-lain lagi. Cukuplah dengan hanya dua jawatan. Pertama, pemimpin parti, dan kedua, presiden parti.

Pemimpin parti akan menguruskan politik kepartian. Jika parti berjaya membentuk kerajaan persekutuan, maka pemimpin partilah yang menjadi perdana menteri. Presiden parti pula menguruskan segala urusan kepartian, termasuklah urusan pentadbiran.

Jawatan pemimpin parti dan presiden parti adalah jawatan yang dipertandingkan. Tetapi hanya dua jawatan ni yang dipertandingkan. Kemudian, pemimpin parti dan presiden parti mewujudkan pasukan masing-masing. Tempoh bagi setiap seorang hanyalah selama dua tahun sebelum pemilihan baru dijalankan. Pemilihan bagi pemimpin parti dan presiden parti pula dilangsungkan secara bergantian, iaitu kedua-dua jawatan tidak akan dipertandingkan pada tahun yang sama.

Jawatan lain pula tidak dipertandingkan. Cara ini membolehkan anggota parti memilih pemimpin parti dan presiden parti, dan menyerahkan kepada kedua-dua pemimpin itu bagi melantik ahli pasukan mereka. Jadi, tidak akan ada perebutan bagi mendapatkan jawatan yang begitu banyak, seperti yang berlaku sekarang.

Oleh sebab struktur PKR adalah seperti UMNO, maka ia juga mengalami penyakit yang dialami oleh UMNO. Disebabkan itulah pemilihan parti menjadi lebih penting daripada pilihanraya umum. Ini juga bermakna bahawa ahli/pemimpin parti mereka sendiri dianggap sebagai musuh yang lebih berbahaya daripada pihak lawan – dalam hal ini, UMNO dan Barisan Nasional.

Hari ni, itulah saja yang ingin saya katakan. Jika struktur PKR tidak seperti UMNO, maka ia tidak akan menghadapi masalah yang juga dihadapi oleh UMNO.

Saya ulangi… cukuplah dengan hanya satu pemimpin. Tak perlulah ramai-ramai seperti dalam UMNO. Biarlah presiden menguruskan parti, sementara pemimpin parti pula menguruskan aspek politiknya, termasuklah strategi dan kempen yang berkaitan.

 

Translated into Chinese at: http://ccliew.blogspot.com/2010/11/blog-post_16.html

 



Comments
Loading...