The MCLM will enter into second gear today (UPDATED with BM Translation)
The MCLM will become a pressure group of civil society movement activists with a view to engage politicians, not to become politicians.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
I just want to pen a short note to tell you that the draft Constitution of the Malaysian Civil Liberties Movement (MLCM) has just been finalised. MCLM’s lawyer has just sent it through to me and I am studying it now.
Later today I shall be fetching Haris Ibrahim from the tube station. He will be arriving about 5.00am this morning UK time. Haris and I will then go through the Constitution to make sure that it is in order before releasing it to the public.
Haris will be spending about a week with me here in the UK to go through the mission and vision of the MCLM. Basically, what we will focus on will be:
1. The MCLM will become a pressure group of civil society movement activists with a view to engage politicians, not to become politicians.
2. The MCLM will assist any political party that may be looking for candidates from amongst the civil society movement activists to field in the next general election.
3. The MCLM committee members and officer bearers themselves will not be contesting the general election to prevent anyone from using the MCLM as a platform to further their own political careers.
4. The MCLM will attempt to mould and shape the Malaysian political landscape and culture, not instead to be moulded or shaped by the political culture.
5. The MCLM will stand on the outside looking in, not get in and become tainted by politics.
These are just some of my early thoughts on the entire thing and I know that Haris has more up his sleeve.
By next Saturday, 27 November 2010, I hope to call for the second committee meeting of the MCLM and finalise all these issues. Thereafter, we shall make known what has transpired, where we are coming from, and where we hope to get to.
In the meantime, the website (http://mclm.org.uk/) is being completed and we hope to open it for public viewing soon so that those who share the aspirations of the MCLM can sign up as members. The Constitution, membership form, Mission and Vision Statement, etc., will all be on the website. Rest assured that the MCLM will be run with complete transparency as a demonstration to the political parties how we would like things done in the political arena.
Till then stay tuned and I shall update you as we go along.
——————————————————–
MCLM memasuki peringkat kedua hari ini
MCLM akan menjadi kumpulan pendesak yang dianggotai aktivis gerakan masyarakat sivil, dengan maksud untuk berinteraksi dengan ahli politik, dan bukannya menjadi ahli politik.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Translated by Si Manis Amni
Ringkas saja tulisan saya pada hari ni, iaitu bagi memberitahu anda bahawa draf perlembagaan Malaysian Civil Liberties Movement (MLCM – Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia) sudah dimuktamadkan. Peguam MCLM baru saja menghantarnya kepada saya dan saya sedang menelitinya.
Hari ni, saya akan mengambil Haris Ibrahim dari stesen tube. Dia akan tiba sekitar jam 5 pagi waktu England. Kemudian, saya dan Haris akan meneliti Perlembagaan itu bagi memastikan ianya lengkap sebelum ia disiarkan bagi bacaan umum.
Haris akan berada di UK sekitar satu minggu bagi meneliti visi dan misi MCLM bersama dengan saya. Pada dasarnya, kami akan menumpukan pada:
1. MCLM akan menjadi kumpulan pendesak yang dianggotai aktivis gerakan masyarakat sivil, dengan maksud untuk berinteraksi dengan ahli politik, dan bukannya menjadi ahli politik.
2. MCLM akan membantu mana-mana parti politik yang sedang mencari calon dari kalangan aktivis gerakan masyarakat sivil bagi menyertai pilihanraya umum akan datang.
3. Ahli jawatankuasa dan pegawai MCLM tidak akan menjadi calon dalam pilihanraya umum. Ini adalah bagi memastikan MCLM tidak digunakan sebagai platform oleh mana-mana pihak bagi menggerakkan kerjaya politik masing-masing.
4. MCLM akan berusaha untuk membentuk landskap dan budaya politik Malaysia, dan bukannya dibentuk oleh budaya politik itu.
5. MCLM akan menjadi pemerhati dan bukannya menyertai dan membiarkan politik mencemarkannya.
Ini adalah sebahagian dari buah fikiran saya mengenai hal ini dan saya pasti Haris tentu dapat memberikan idea-idea lain.
Pada Sabtu depan, 27 November 2010, saya berharap saya dapat mengadakan mesyuarat jawatankuasa MCLM buat kali kedua bagi memuktamadkan isu-isu tersebut. Selepas itu, kami akan memberitahu anda tentang perkembangan terkini berkenaan MCLM, dan gagasan dan matlamat kami.
Sementara itu, laman sesawang (http://mclm.org.uk/) sedang disiapkan dan kami berharap kami dapat melancarkannya tidak lama lagi agar mereka yang berkongsi aspirasi MCLM boleh mendaftar sebagai ahli. Perlembagaan, borang keahlian, Kenyataan Misi dan Visi, dll akan dimuat naik ke laman sesawang itu. Yakinlah bahawa MCLM akan digerakkan dengan penuh ketelusan, supaya semua parti politik tahu tentang amalan yang kita mahu mereka terapkan dalam arena politik.
Nantikan perkembangan selanjutnya daripada saya.