Dimanakah wang rakyat dibelanja


Nga Kor Ming Rakyat Perak mahu tahu apa sebab sebenar selepas rampasan kuasa BN di Perak pada 6/2/2009, mengikut Laporan Ketua Audit Negara, kini wang bersatu berkanun negeri telah berkurangan sebanyak RM85 juta dari RM774 juta menjadi RM689 juta dalam tempoh 1 tahun.

Dari Facebook Nga Kor Ming

Apa sudah terjadi? Dimanakah wang rakyat dibelanja? Di mana sistem open tender? Bagaimana usaha banteras rasuah?

Rakyat berhak tahu kisah benar, Zamry perlu kemukakan fakta benar untuk diperiksa oleh rakyat kerana itu wang cukai dari rakyat, untuk rakyat. Apa sebab sebenar Zamry perlu membuat 3 bajet defisit dalam tempoh 1 tahun, iaitu pada 28/10/2010 sebanyak lebih kurang RM40 juta belanjawan defisit, 3/8/2010 sebanyak RM80 juta dan kini menjelang persidangan DUN Perak mulai 30/11/2010, dianggarkan sebanyak RM50 juta defisit lagi menjadikan jumlah Defisit Negeri Perak lebih RM160 juta.

Nga Kor Ming Rakyat Perak mahu tahu apa sebab sebenar selepas rampasan kuasa BN di Perak pada 6/2/2009, mengikut Laporan Ketua Audit Negara, kini wang bersatu berkanun negeri telah berkurangan sebanyak RM85 juta dari RM774 juta menjadi RM689 juta dalam tempoh 1 tahun.



Comments
Loading...