PRU13: Persempadanan semula kawasan pemilih


Written by Jayanath Appudurai, CPI 

Selepas mesyuarat agung Umno bulan lepas dan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, tumpuan awam beralih pula kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Bilakah PRU13 akan diadakan?

Namun seperkara yang kurang dapat perhatian umum ialah persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Sekiranya persempadanan semula siap dilakarkan sebelum PRU13 — yang wajib diadakan sebelum September 2013 — maka implikasinya terhadap arah aliran politik negara adalah ketara.

Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mengikut perundangan, persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum itu.

Persempadanan semula juga perlu disiapkan dalam tempoh masa dua tahun. Ia terakhir sekali dibuat pada Mei 2003. Maka urusan persempadanan ini bakal dilaksanakan tahun depan 2011.

Prinsip undi sama nilai

Dalam sistem demokrasi berasaskan perwakilan, semua warga, tanpa mengira di mana dalam negara mereka bermastautin, adalah berhak untuk diwakili oleh seorang Wakil Rakyat dalam dewan perundangan secara samarata. Maka, setiap warga yang layak mengundi mempunyai satu undi dan undi itu adalah sama nilai dengan undi warga lain.

Urusan persempadanan semula adalah penting supaya prinsip persamarataan dilaksanakan secara saksama. Sejajar dengan prinsip ini, bilangan pemilih di setiap bahagian pilihan raya hendaklah lebih kurang sama. Dengan itu, nilai asas sistem demokrasi yang mendukung prinsip “satu warga, satu undi” boleh dihayati.

Sebagai contoh, di United Kingdom terdapat 650 bahagian yang hampir semuanya mengandungi jumlah pemilih dari 50,000 ke 79,000 orang.

Persempadanan dari masa kesemasa adalah juga penting dilaksanakan supaya boleh mengambilkira serta setimpal dengan kadar pertumbuhan penduduk dalam bahagian-bahagian pilihan raya tersebut.

Dalam sistem negara kita, pihak SPR dalam menjalankan persempadanan semula harus mematuhi prinsip- prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.1

Satu prinsip utama ialah: “Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.”

Prinsip mengagihkan wajaran kepada kawasan luar bandar telah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus. Sejak 1952, persempadanan semula telah dilakukan sebanyak lapan kali dan banyak rungutan ditimbulkan bahawa prinsip ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pihak SPR. Harus diperhatikan bahawa wajaran 15 peratus yang dipersetujui tersebut tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak tahun 1973.

Kini pihak SPR menggunakan asas penentuan pemilih bagi satu-satu bahagian pilihan raya seperti jadual berikut: Kategori bahagian berdasarkan kajian tempatan oleh pihak SPR akan menentukan keluasan kawasan serta jumlah pemilih dalam sesuatu bahagian.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...