Protes ‘Selamatkan Keadilan’ tidak menjadi


Oleh Jamilah Kamarudin, Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Hasrat sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk mengadakan protes dan menyebarkan risalah ‘Selamatkan Keadilan’ semasa Kongres PKR yang bermula hari ini nampaknya tidak menjadi. Mereka sebaliknya dilihat masuk menyertai kongres sebagai perwakilan.

Kumpulan yang menamakan diri sebagai Suara Anak Muda itu pada mulanya dilihat berlegar di perkarangan luar Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awal perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak awal pagi.

Memakai baju serba hitam, kira-kira sepuluh ahli PKR yang dipercayai daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengedarkan ‘armband’ dan ‘headband’ berkain hitam yang tertera tulisan ‘Selamatkan Keadilan” kepada orang ramai.

Namun, pada penghujung ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, kumpulan itu mula masuk ke dalam Dewan menyertai Kongres sebagai perwakilan AMK.

Salah seorang penyokong Suara Anak Muda yang mahu dikenali sebagai Norazizi berkata, pihaknya membatalkan hasrat untuk meneruskan ‘Kempen Selamatkan Keadilan’ kerana pihaknya masih belum menerima ‘lampu hijau’ daripada pemimpin untuk meneruskan kempen ini.

“Tambahan pula kami sudah pun diberi peringatan daripada penganjur majlis supaya tidak buat ‘kacau’ sepanjang kongres berlangsung.

“Kami tidak ada niat nak buat kacau, cuma mahu buat beberapa usaha untuk tarik perhatian pemimpin tertinggi dan JPP supaya buka mata dengar masalah dan kepincangan yang berlaku sepanjang proses pemilihan.

 

READ MORE HERE.



Comments
Loading...