A matter of ethics (UPDATED with BM and Chinese Translation)


We have become the monsters just like the monsters we wish to remove. Do we really want to remove the devil we know with a devil we don’t know? I would take the risk of removing the devil we know with an angel we don’t know. But if it is to remove a devil we know with a devil we don’t know then better we keep the devil we know.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Murder when committed in the name of the cause is no longer murder. You can justify murder as long as you hide behind the cause when committing it. Would the innocent victims of May 13 be considered murdered by those who participated in the 1969 race riots when what they were merely doing was to defend their race?

Those on both sides of the Hutu-Tutsi conflict did not feel like they were murdering their long-time friends and neighbours even though hundreds of thousands of people were killed. Neither were those killed in Bosnia and Herzegovina considered murdered. Is it not called the Bosnian War or the War in Bosnia and Herzegovina rather than the Bosnian Murder?

Anything is justified when it comes to the cause. Even murder is halal or kosher. And to make sure no one gets upset it will never be called murder. It will be called anything but murder.

I suppose when you call it something other than murder it gives you peace of mind. By calling it murder it makes you feel like you are doing something wrong. But by not calling it murder you feel that whatever you are doing is in the bigger interest of a noble cause.

That is how humankind always fools itself. You label it any old how just so that wrong becomes right. With the right label, wrong can become right with the stroke of a pen.

I have been monitoring the comments and opinions in Malaysia Today. You may have also read them but you probably did not stop to give them a second thought. Of late words like responsibility, transparency, accountability, good governance, justice, fair play, and so on, are absent from the comments. The one and only focus is ABU — Anything But Umno or Asal Bukan Umno.

Have our priorities changed that much? What are we trying to achieve here? I thought we are trying to bring about change to Malaysia. If that is still our priority then surely change has to mean something different, in particular something better.

As the Muslims would say: to cleanse yourself before prayer you need to use pure water. You can’t use dirty water to cleanse yourself and then consider yourself clean enough to pray. How can you dip your hands into a septic tank or sewer and wipe your face with them and declare that you are now clean enough to face God?

Islam is very particular about what constitutes clean or pure and what is considered not clean. You can’t rub contaminated water on your face and say that your face is now properly washed. Clean must be clean and there are no two ways about it.

The same goes for the fight for change. Can we oppose evil with evil and say that we are doing God’s work? Can I rob banks to raise money to build mosques? If my motive for robbing banks is to seek money to build mosques then surely my act of robbing banks is a noble act. By these standards robbery is not robbery when done in the service of God even though innocent people have to die during the robbery.

Many Malaysia Today readers no longer care about moral and ethics. It is all about kicking out Umno and Barisan Nasional. The method is not important. The honesty and integrity of the opposition leaders is not important. Never mind whether it is a black cat or a white cat just as long as it catches the mouse. Never mind if we allow the boss to have sex with our wives and daughters just as long as we get rich. The method we use to get rich is not crucial. What is important is that we get rich.

We have become the monsters just like the monsters we wish to remove. Do we really want to remove the devil we know with a devil we don’t know? I would take the risk of removing the devil we know with an angel we don’t know. But if it is to remove a devil we know with a devil we don’t know then better we keep the devil we know.

 

—————————————————————————————————–

Soal etika

Translated by Papa Smurfs

Kita telah menjadi seakan malaun yang mahu kita singkirkan. Adakah kita benar-benar ingin menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan menggunakan malaun yang tidak kita kenali? Saya cenderung menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan dengan si ikhlas yang tidak kita kenali. Tetapi jika kita sekadar ingin menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan menggunakan malaun yang tidak kita kenali, maka lebih baik kekalkan sahaja malaun yang kita kenali.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Pembunuhan tidak lagi dianggap sebagai pembunuhan apabila ia dilakukan atas nama ‘perjuangan’. Anda boleh ‘menghalalkan’ pembunuhan jika anda melakukannya atas nama perjuangan. Bolehkah mangsa tak berdosa Tragedi 13 Mei dikatakan dibunuh oleh perusuh, sedangkan mereka hanya mempertahankan kaum mereka sendiri?

Pihak Hutu dan Tutsi dalam konflik Hutu-Tutsi tidak berasa bahawa mereka membunuh kawan lama dan jiran mereka walaupun beratus ribu orang menjadi korban dalam konflik itu. Mereka yang dibunuh di Bosnia dan Herzegovina juga tidak dianggap sebagai dibunuh. Yalah, bukankah konflik itu digelar sebagai Perang Bosnia atau Perang di Bosnia dan Herzegovina, dan bukannya Pembunuhan Bosnia?

Dengan bertopengkan perjuangan, apa saja dapat dihalalkan. Malah pembunuhan dapat dihalalkan. Kemudian, ia takkan digelar pembunuhan supaya tiada yang menyelarnya. Gelarkan ia apa saja, asalkan bukan pembunuhan. Dengan tidak menggelarnya pembunuhan, maka kita berasa bahawa segala yang kita lakukan adalah demi kepentingan yang lebih besar.

Itulah caranya manusia menipu diri mereka sendiri. Pelbagai label digunakan bagi menghalalkan yang haram. Dengan label yang betul, satu gerakan pena mampu menghalalkan yang haram.

Saya telah memantau komentar dan pendapat di Malaysia Today. Anda juga mungkin telah membacanya tetapi tidak mempedulikannya. Sejak kebelakangan ini, perkataan-perkataan seperti tanggungjawab, ketelusan, akauntabiliti, urus tadbir baik, keadilan dan sebagainya diabaikan. Fokusnya hanya satu, iaitu ABU – Asal Bukan UMNO.

Adakah keutamaan kita sudah begitu banyak berubah? Apakah yang ingin kita capai? Saya sangka kita sedang berusaha untuk melaksanakan perubahan di Malaysia. Jika itu masih menjadi keutamaan kita, maka pastinya ‘perubahan’ perlu merujuk pada sesuatu yang berbeza dan lebih baik.

Kata orang Islam: sebelum bersolat, anda perlu membersihkan diri anda dengan menggunakan air mutlak. Anda tidak boleh menggunakan air kotor untuk membersihkan diri sendiri dan kemudian menganggap diri anda sudah cukup bersih untuk bersolat. Mana mungkin anda boleh mencelupkan tangan anda ke dalam tangki septik ataupun longkang dan membersihkan wajah anda dengannya, lalu menyatakan bahawa anda sekarang cukup bersih untuk mengadap Tuhan?

Islam amat menumpukan pada apa yang dianggap bersih dan suci, dan apa yang dianggap kotor. Anda tidak boleh menggosok air tercemar di wajah anda dan mengatakan bahawa wajah anda sekarang sudah dibersihkan. Bersih haruslah bermaksud bersih dalam ertikata yang sebenarnya.

Hal yang sama terpakai bagi perjuangan menuntut perubahan. Bolehkah kita menentang kejahatan dengan kejahatan dan mengatakan bahawa kita sedang melaksanakan perintah Tuhan? Bolehkah saya merompak bank untuk mengumpul wang demi membina masjid? Jika niat saya merompak bank adalah untuk mencari wang bagi membina masjid, maka pasti tindakan saya tu adalah tindakan mulia. Berdasarkan kepercayaan ini, maka rompakan tidak dianggap sebagai rompakan apabila ia dilakukan kerana Tuhan, walaupun orang yang tidak bersalah terpaksa menjadi korban.

Ramai pembaca Malaysia Today tidak lagi peduli tentang moral dan etika. Mereka hanya mahu mengusir UMNO dan Barisan Nasional. Kaedahnya tak penting. Kejujuran dan integriti para pemimpin pembangkang tak penting. Peduli apa sama ada ia kucing hitam atau kucing putih, asalkan ia dapat menangkap tikus. Biarlah bos kita berasmara dengan anak bini kita, asalkan kita jadi kaya. Cara nak jadi kaya tu tak penting. Apa yang penting adalah kita jadi kaya.

Kita telah menjadi seakan malaun yang mahu kita singkirkan. Adakah kita benar-benar ingin menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan menggunakan malaun yang tidak kita kenali? Saya cenderung menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan dengan si ikhlas yang tidak kita kenali. Tetapi jika kita sekadar ingin menyingkirkan malaun yang kita kenali dengan menggunakan malaun yang tidak kita kenali, maka lebih baik kekalkan sahaja malaun yang kita kenali.

 

Translated into Chinese at: http://ccliew.blogspot.com/2010/12/blog-post_5796.html

 



Comments
Loading...