Kepimpinan DAP Selangor Baharu Perlu Menghormati Demokrasi 86% Delegasi DAP Selangor


By Shen Yee Aun

YB Jenice Lee Ying Ha berjaya memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 702 daripada keseluruhan 812 delegasi yang hadir dalam pemilihan Selangor yang baharu sahaja tamat. Angka ini menggambarkan Jenice telah diyakini dan dipercayai oleh 86% keseluruhan delegasi Selangor yang hadir dalam pemilihan tersebut.

Sepatutnya Jenice Lee dilantik menjadi Timbalan Pengerusi yang kini disandang oleh YB Tony Pua yang hanya memiliki sokongan sebanyak 57% sokongan akar umbi DAP Selangor.

Sekirannya tidak sekurang-kurangnya jawatan Setiausaha yang disandang oleh Au Yong yang hanya memiliki sokongan 58% akar umbi DAP Selangor.

Sekirannya tidak juga maka jawatan yang boleh memaksimakan sumbangan YB Jenice Lee untuk DAP Selangor adalah Setiausaha Organisasi yang kini disandang oleh YB Lau Weng San yang hanya memiliki sokongan 56% undi. Jenice Lee mendapat 30% lebih banyak undi dan sokongan serta kepercayaan berbanding Lau Weng San.

Saya akui ini bukan soal jawatan. Ini juga bukan isu tentang posisi dan jawatan. Namun begitu kita perlu bersama – sama akui bahawa ini adalah isu yang berkaitan dengan peranan. Seseorang yang mendapat undi yang begitu tinggi sepatutnya diberikan peranan yang lebih penting untuk memajukan dan memantapkan parti.

Sekirannya peratusan ini menggunakan sistem Gred peperiksaan sekolah kita maka Jenice Lee sudah mendapat Gred A dalam peperiksaan yang berjaya mendapat 86 % berbanding pula mereka yang lebih rendah daripada 60% adalah dalam kategori C iaitu satu gred yang sekadar baik untuk lulus dalam peperiksaan.

DAP sering berbicara tentang “brain drain “ tetapi kini mereka pula mengamalkan “leadership drain” dalam pemilihan mereka sendiri.

Isu ini juga amat berkaitan dengan demokrasi akar umbi Selangor yang telah mengundi beliau dengan undi yang begitu tinggi. DAP Selangor mungkin tidak perlu hormat YB Jenice Lee namun mereka wajib menghormati kepercayaan 86% pengundi yang telah mengundi dan menyokong Jenice Lee.

Jangan sebelum pemilihan semua hendak menggunakan nama Jenice dalam pasukan mereka. Sebelum pemilihan Jenice Lee diangkat setinggi langit namun setelah Tuhan beri mandat dan kuasa selepas pemilihan soal kacang lupakan kulit pula timbul.

Keadaan ini amat mengecewakan kesemua penyokong – penyokong setia Jenice Lee yang merasakan Jenice tidak diberi peranan yang setimpal dengan keputusan pemilihan parti.

Suara akar umbi sekali lagi tidak dihormati oleh pemimpin tertentu dalam parti.

Saya berpendapat pemimpin DAP perlu bertaubat secepat mungkin. Tidak kiralah pasukan Perpaduan mahupun Pelangi kerannya sekirannya kita melihat kepada abjad asal kedua – dua pasukan ini adalah P maka satu lagi P yang boleh kita timbulkan di sini ialah Persaudaraan !

Bersaudaralah sesama kita sendiri walaupun kita berbeda pendapat dan pandangan. Kedinamikan pendapat inilah yang mengindahkan lagi parti DAP kita.



Comments
Loading...