Jangan Sampai Tabung Budi dipertikaikan ’Nawaitu’nya


By Dr. Dzul

Dalam keadaan yang cukup tertekan dengan situasi yang melingkunginya, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mutakhir ini menjalankan satu kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya.

Diberi nama Tabung Budi, Syabas sedang menggalakkan pengguna dan khususnya kakitangannya untuk menyerahkan wang RM11.40 sebagai nilai harga air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Suply Enactment, 1997, Syabas diberi lessen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan tidak dari wang yang hasil dari air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pengguna-pengguna di Selangor.

Justeru kegiataan Syabas menggalakkan pengguna-pengguna menyerahkan wang sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak – Federal, kerajaan Negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Tambahan, Tabung Budi yang diselenggarakan oleh Syabas ini jelasnya tidak dapat ditentukan ketelusannya dan juga tidak ada pertanggungjawabannya kepada pihak lain selain Syabas. Jelasnya Syabas telah terlibat dalam membuat dua kali kutipan dari pengguna dan dana itu pula tidak dapat dijamin akan sampai seluruhnya kepada golongan miskin dan kumpulan sasaran.

 

READ MORE HERE.



Comments
Loading...