Jangan takut pada parti lawan – Takutlah pada diri kita sendiri


Aspan Alias

Harga gula dan petrol naik lagi. Selepas ini entah apa yang naik masih belum kita ketahui. Tetapi naik tetap naik dan tidak mungkin harga barang keperluan akan turun. Kenaikkan harga barang dua item ini diluluskan oleh kerajaan kerana kerajaan hendak mengurangkan segala bentuk subsidi kepada rakyat.

Pemimpin kita kata harga dua barangan ini masih jauh rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Tetapi pemimpin kita tidak pula mengatakan yang pendapatan rakyat kita juga rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Kalau kita membahaskan isu ini kita akan dituduh tidak menyokong kerajaan oleh pemimpin kita serta penyokong yang membabi buta yang giat menghentam pengkritik perlaksanaan dasar kerajaan seperti saya ini.

Model Ekonomi Baru (MEB) dikatakan menpunyai matlamat yang ‘ultimate’; iaitu untuk menjadikan negara ini negara yang berpendapatan tinggi menjelangnya tahun 2020. Walaupun pendapatan yang diidamkan itu belum lagi berhasil tetapi harga barangan seperti bahan bakar dan gula serta banyak lagi barangan keperluan telah naik.

Selalunya pendapatan rakyat yang tinggi akan menghasilkan kenaikkan harga barangan. Tetapi kita menghadapi ‘consequence’ yang terbalik; harga barang keperluan sedang melambung naik justru menambah kos kehidupan yang mahal sewaktu rakyat belum pun berhasil untuk meraih pendapatan yang tinggi itu. Rupa-rupanya barulah kita tahu; harga naik dahulu sebelum pendapatan dijangkakan naik itu.

Alasannya rakyat hendak dibiasakan dengan hidup tanpa subsidi. Niat itu pun baik. Tetapi sedar atau tidak, kita telah memberi subsidi kepada segelintitan rakyat yang berada didalam kategori ‘the rich and the famous’ melalui anugerah projek-projek yang besar dan bersifat ‘monopoly’ masih menjadi amalan kerajaan dan agensi-agensinya hingga kehari ini.

Tidak payahlah disenaraikan apakah projek-projek itu kerana itu sudah diketahui umum dan dalam kerangka waktu dan ruang yang sempit ini elok kita anggapkan yang semua orang sudah maklum dengan apa yang saya katakan ini. Saya yakin orang ramai yang ‘literate’ boleh memahami apa yang saya maksudkan ini dengan mudah.

Ramai rakan-rakan yang memberi komen terhadap tindakkan Najib yang tidak sabar menarik balik semua bentuk subsidi ini. Ramai menganggap tindakkan beliau adalah tindakkan berani dan mengambil tindakkan cepat untuk menarik balik subsidi-subsidi ini tetapi mereka juga merasakan kekesalan kerana rakyat jugalah yang terpaksa bersabar untuk menunggu program dan tindakkan kerajaan untuk menunggu kedatangan kenaikkan pendapatan yang belum lagi tentu berjaya dilaksanakan.

Kalau diimbau sejarah setiap pemimpin utama sebelum ini mengumumkan banyak program seperti yang dilakukan oleh Najib, tetapi sehingga hari ini rakyat tetap hidup ditakuk lama. Tetapi apakan daya rakyat dinegara ini adalah rakyat yang sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kerana mempunyai sikap ‘the government is always right’ walaupun mereka menghadapi kesulitan walaun pun bermacam-macam janji tidak sempurna dilaksanakan.

Rakyat bukannya tidak sedar yang sebahagian rakyat kelas menengah yang diwujudkan oleh DEB dahulu hampir hilang kewujuddan mereka tetapi pengaruh politik yang terlalu ‘patronising’ dinegara ini telah meletakkan segelintir ‘super bumi’ yang dilahirkan oleh kepimpinan kita sejak hampir 3 dekad yang lalu hidup dan terus hidup ‘on the expense’ rakyat dan peniaga yang ramai.

Rakayat bukan tidak sedar yang orang Melayu sangat susah untuk bersaing dalam bidang perniagaan. Bumiputra selain dari terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sudah hidup dalam budaya perniagaan, mereka (Bumiputra) terpaksa bersaing dengan semua agensi-agensi kerajaan dan GLCs yang telah diberikan kemudahan istimewa dari pemerintah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...